10 PESERTA TAMAT PROGRAM KEMAHIRAN BAHASA AL-QUR’AN (KEMAHIRAN MENDENGAR & KEMAHIRAN BERTUTUR) ANJURAN UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI

kemahiran bahasa al-quran

BANDAR SERI BEGAWAN, 02 Disember – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat telah mengungkayahkan program ilmiah bermula bulan Ogos yang lalu iaitu Program Kemahiran Bahasa Al-Qur’an (Kemahiran Mendengar & Kemahiran Bertutur) sesi Ogos 2018.

Dalam program tersebut, seramai 10 orang peserta telah berjaya menamatkan program ini yang terdiri daripada orang-orang persendirian, pelajar, pegawai dan kakitangan kementerian.

Program seperti ini telah pun ditawarkan oleh pihak UNISSA dan diadakan selama 12 minggu iaitu pada setiap hari Jumaat dan Ahad khusus untuk memberi peluang kepada orang ramai mempelajari dan mempraktikan kemahiran mendengar dan bertutur di dalam bahasa Arab.

Pihak UNISSA akan terus mempergiatkan lagi program Kemahiran Bahasa Al-Quran secara berterusan. Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut mengenai program ini, orang ramai bolehlah menghubungi Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat, UNISSA di talian 2462000 sambungan 204/202 ataupun melayari laman sesawang www.unissa.edu.bn atau menghantar email ke C4L@unissa.edu.bn.

 

Antara peserta yang telah menamatkan Program Kemahiran Bahasa

Al-Qur’an (Kemahiran Mendengar & Bertutur) Sesi Ogos 2018

Related News