19 mahasiswa UNISSA perhalusi dakwah

19 mahasiswa

March 28, 2018


BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Mac – Bagi mempromosikan kebolehan pelajar dalam menyampaikan tugas dan tanggungjawab berdakwah, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), melalui Fakulti Usuluddin dengan kerjasama Pusat Dakwah Islamiah telah mengadakan Ekspedisi Ilmiah ke Kampung Bebuloh, Daerah Brunei dan Muara.


Seramai 19 orang mahasiswa dan mahasiswi Tahun 3 dari Program Akidah dan Dakwah menyertai ekspedisi tersebut yang menyasarkan penduduk kebanyakannya terdiri daripada golongan mualaf dan bukan Muslim.


Menurut kenyataan UNISSA, menerusi ekspedisi berkenaan, para pelajar juga memperoleh pengalaman berinteraksi bersama saudara baru menggunakan uslub dan metodologi dakwah yang bersesuaian.


19 mahasiswa

Gambar ramai peserta bersama penduduk Kampung Bebuloh semasa Ekpedisi Ilmiah UNISSA.

 

Ia juga diharapkan untuk melahirkan sikap bermasyarakat dalam kalangan para mahasiswa dan mahasiswi, selain itu, sedikit sebanyak akan membina jati diri dan menambah kemahiran para mahasiswa dalam menyampaikan dakwah kepada masyarakat, lebih-lebih lagi peserta-peserta yang mengikuti ekspedisi berkenaan terdiri daripada Program Akidah dan Dakwah. Ini juga untuk memberikan peluang secara praktikal selain belajar teori semasa kuliah.


Sepanjang ekspedisi tersebut, beberapa aktiviti kemasyarakatan telah dijalankan antaranya Klinik Al-Fatihah, Kafe Usuluddin, Smart Wudhu, Smart Tayammum, mendaki bukit, gotong-royong dan acara sukan keluarga.

Related News