23 ahli MPP UNISSA tamatkan Kursus Kepimpinan di OBBD

Oleh:  Siaran Akhbar dan Foto : Universiti Islam Sultan Sharif Ali

Saturday, 10 December 2016 06:12

TEMBURONG, Jumaat, 9 Disember. – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) telah mengendalikan aktiviti Kursus Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP UNISSA) bertempat di Outward Bound Temburong (OBBD) selama dua hari bermula 6 hingga 8 Disember 2016.

Seramai 23 orang ahli MPP UNISSA telah berjaya menamatkan Kursus Sekapur Sireh di Pusat Outward Bound Brunei Darussalam, Temburong.

23 ahli MPP UNISSA tamatkan Kursus Kepimpinan di OBBD

GAMBAR ramai ahli MPP UNISSA  yang diiketuai oleh Yang Dipertua MPP,  Muhammad Syahirul Syafiq bin Rashid yang menyertai Kursus Kepimpinan di Outward Bound Brunei Darussalam di Temburong.

Sepanjang kursus tiga hari tersebut, pelajar membina pengalaman mengikuti pelbagai aktiviti, termasuk kayak, ‘flying fox’, aktiviti ‘team building’ dan ‘jungle trekking’.

Kursus tersebut bertujuan untuk membina ketahanan fizikal dan mental, kecepatan daya berfikir, semangat kerja berpasukan, berdikari, berdisiplin dan sebagainya.

Penglibatan para pelajar di dalam kursus ini diharap dapat mencapai objektif untuk membentuk sebuah persatuan pelajar yang dinamik, berwawasan, berkebolehan serta berkepimpinan.

Nilai-nilai ini penting dalam menjalankan tanggungjawab mereka sebagai ahli Majlis Persatuan Pelajar UNISSA yang bertindak mengendalikan pelbagai program bagi pelajar UNISSA, di samping bertanggungjawab sebagai suara bagi mahasiswa dan mahasiswi UNISSA.

Related News