BENGKEL APLIKASI MAZHAB SYAFI’I (PENGURUSAN JENAZAH 1)

pengurus jenazah1

Hari: Rabu

Jam: 2:00 petang – 4:00 petang

Tarikh: 3 Zulhijjah 1439H / 15 Ogos 2018M

Tempat: Masjid Pehin Khatib Abdullah, Kampong Kulapis

 

Kulapis, 15 Ogos 2018:   Dalam usaha untuk memberikan bimbingan dan meningkatkan lagi kefahaman masyarakat di Negara Brunei Darussalam khasnya mengenai Mazhab Syafi’i,  Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pusat Penyelidikan Mazhab Syafi’i (PPMS) dan Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PKPSH) dengan kerjasama Masjid Pehin Khatib Abdullah, Kampong Kulapis menganjurkan Bengkel Aplikasi Mazhab Syafi’I (siri ketiga). Bengkel ini memfokuskan kepada fiqh amali iaitu Pengurusan Jenazah (Bahagian Pertama).

 

Antara tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan penjelasan mengenai  kepentingan mengetahui cara pengurusan jenazah yang tepat menurut pegangan Mazhab Syafi’i  seperti memandikan, mengkafankan, menyembahyangkan dan mengkebumikan jenazah. Bengkel ini juga sekaligus memenuhi tuntutan fardhu kifayah yang perlu diambil berat dalam kehidupan bermasyarakat.

 

Seramai 39 orang peserta menghadiri bengkel tersebut, yang terdiri daripada warga UNISSA, orang awam, muallaf, wakil daripada Jabatan-Jabatan Kerajaan dan ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Pehin Khatib Abdullah, Kampong Kulapis. Keramaian peserta kali ini adalah sangat menggalakkan dan di luar jangkaan pihak penganjur.

 

Bengkel dilaksanakan secara teori dan praktikal yang telah disampaikan oleh dua orang pemudahcara yang cukup berpengelaman iaitu Yang Mulia Awang Haji Mohammad Burhanuddin bin Haji Damit, Imam Masjid Pehin Khatib Abdullah, Kampong Kulapis dan Dayang Norhidah binti Haji Alias, penggapai dari Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

 

Kesinambungan Bengkel Aplikasi Mazhab Syafi’i akan dilaksanakan lagi pada sesi berikutnya iaitu pada 29 Ogos 2018, bertempat di Masjid Pehin Khatib Abdullah dengan amali yang sama iaitu Pengurusan Jenazah (Bahagian Kedua).

 

Adalah diharapkan melalui bengkel ini, para peserta akan lebih mendapat pemahaman yang mendalam dalam pengurusan jenazah, disamping dapat mempraktikkan ilmu yang diperolehi untuk dijadikan panduan pada masa akan datang.

 

Peserta Lelaki Bengkel Aplikasi Mazhab Syafi’i

 

Peserta Perempuan Bengkel Aplikasi Mazhab Syafi’i

 

Yang Mulia Awang Haji Mohammad Burhanuddin bin Haji Damit, Imam Masjid Pehin Khatib Abdullah, Kampong Kulapis sedang menunjuk ajar cara-cara

mengkafankan jenazah

 

Yang Mulia, Dayang Norhidah binti Haji Alias, penggapai dari Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama menerangkan cara-cara

pengurusan jenazah

 

Attachment

Related News