BENGKEL APLIKASI MAZHAB SYAFI’I (PENGURUSAN JENAZAH 2)

- Posted by user1
- Posted in Madhhab Shafii Research Centre News, News
Hari: Rabu
Jam: 2:00 petang – 4:00 petang
Tarikh: 17 Zulhijjah 1439H / 29 Ogos 2018M
Tempat: Masjid Pehin Khatib Abdullah, Kampong Kulapis
Kulapis, 29 Ogos 2018: Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pusat Penyelidikan Mazhab Syafi’i (PPMS) dan Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PKPSH) dengan kerjasama ahli Jawatankuasa takmir Masjid Pehin Khatib Abdullah, Kampong Kulapis telah mengadakan Bengkel Aplikasi Mazhab Syafi’i iaitu Pengurusan Jenazah kali ke-2.
Seramai lebih kurang 60 orang peserta telah menghadiri bengkel tersebut yang terdiri daripada orang awam, muallaf, wakil daripada Jabatan-Jabatan Kerajaan dan Muslimah serta ahli Jawatankuasa takmir Masjid Pehin Khatib Abdullah, Kampong Kulapis.
Sepanjang bengkel berlangsung, peserta diberi penerangan mengenai sembahyang jenazah. Selain daripada itu, para peserta juga didedahkan dengan tatacara mengebumikan jenazah yang disampaikan oleh Yang Mulia Awang Haji Mohammad Burhanuddin bin Haji Damit, Imam Masjid Pehin Khatib Abdullah, Kampong Kulapis dan dibantu oleh Yang Mulia Dayang Norhidah binti Haji Alias dan Yang Mulia Dk Noraidah binti Pg Salleh, penggapai dari Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Dalam hal ini, UNISSA akan sentiasa berusaha untuk bergiat lebih aktif dalam menyebarkan ilmu pengetahuan terutamanya dalam perkara yang bersangkut paut dengan ugama Islam. Ianya juga diharapkan akan dapat memberi ruang kepada masyarakat Islam di Negara Brunei Darussalam untuk belajar dan menambah ilmu pengetahuan asas mengenai Mazhab Syafi’i.







