BICARA KHAS DARIPADA UNIVERSITI OSAKA, JEPUN ANJURAN FAKULTI BAHASA ARAB UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI

osaka

BICARA KHAS DARIPADA UNIVERSITI OSAKA, JEPUN

ANJURAN

FAKULTI BAHASA ARAB

UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI

 

Tarikh : 9 Rejab 1441H / 4 Mac 2020M

Masa : 10 pagi

Tempat : Dewan Jubli, UNISSA

 

Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), melalui Fakulti Bahasa Arab telah menganjurkan Bicara Khas yang bertajuk “Teaching Arabic at Osaka University: Exploring Collaboration with a Variety of Disciplines in UNISSA“ yang disampaikan oleh Profesor Kumiko Kondo,  Pengarah  Pengajian Bahasa Arab, Universiti Osaka, Jepun. Hadir bersama beliau adalah Profesor  Quamrul Hassan, Centre of Global Inisiatives,dari universiti yang sama.

Bicara Khas tersebut menyentuh sejarah pengajian bahasa Arab di Jepun. Ia juga membicarakan mengenai pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di Jepun khususnya pengalaman dan cara pendekatan dalam mengajar bahasa Arab di Universiti Osaka.

Acara ini juga merupakan salah satu pengisian kunjungan wakil Universiti Osaka ke UNISSA yang mana antara objektif kunjungan ini ialah sebagai platform bagi mengenal dengan lebih dekat lagi pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di UNISSA, di samping membuka ruang dan peluang kepada kedua-dua institusi untuk meneroka bidang-bidang,  program-program atau aktiviti-aktiviti yang dapat dilakukan secara kolaborasi.

 

Turut hadir pada acara tersebut ialah Yang Mulia Prof Madya Dr Siti Sara binti Haji Ahmad, Dekan Fakulti Bahasa Arab, Pg Dr Hajah Norkhairiah binti Pg Haji Hashim, Timbalan Pengarah Pusat Penyelidikan Halalan Tayyiban, tenaga akademik dan pelajar UNISSA.

 

Attachment