CERAMAH UMUM: PEMBANGUNAN LESTARI DARI PERSPEKTIF ISLAM

ceramah umum

Bandar Seri Begawan, 27 Oktober: Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam (FFPI) telah mengadakan satu Ceramah Umum bertajuk Pembangunan Lestari dari Perspektif Islam bertempat di Auditorium UNISSA.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Mulia, Dr Arman bin Haji Asmad, Pemangku Timbalan Rektor UNISSA dan dihadiri sama Yang Mulia, Dr Shahrul Nizam bin Salahudin, Dekan FPPI.

Ceramah Umum ini telah disampaikan oleh Yang Mulia, Dr Atih Rohaeti Dariah, Timbalan Rektor II, Universitas Islam Bandung, Indonesia dan dipengerusikan oleh Yang Mulia, Dr Shereeza binte Mohamed Saniff, Pensyarah dan Ketua Program Sarjana Muda di FPPI.

Antara objektif program tersebut adalah untuk membuka pola pemikiran tentang kepentingan pembangunan secara lestari dari segi perspektif Islam di samping memberikan pendedahan tentang pengurusan pembangunan Islam dengan lebih mendalam. Program ini secara tidak langsung dapat mengukuhkan syaksiah pelajar agar mereka memahami cara berinteraksi dengan alam sekitar bagi memastikan kelestarian sesebuah pembangunan.

Program ini juga menjadi wadah aspirasi bagi kedua institusi pendidikan tinggi Islam untuk menjalin dan membangun jaringan kerjasama yang boleh dikembang luaskan mengikut kepakaran yang ada.

 

Yang Mulia, Dr Atih Rohaeti Dariah, Timbalan Rektor II, Universitas Islam Bandung, Indonesia dan dipengerusikan oleh Yang Mulia, Dr Shereeza binti Mohamed Saniff, Pensyarah FPPI

 

 

Related News