DELEGASI KUNJUNGAN KING PRAJADHIPOK’S INSTITUTE KE UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI (UNISSA)

IMG_4392

Hari Khamis, 19 September 2019M

 

Bandar Seri Begawan: Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dalam usahanya mempromosikan visi untuk menjadi hub pengajian Islam di rantau Asia telah menerima kunjungan daripada King Prajdhipok’s Institute, Thailand.

 

Delegasi seramai 42 peserta ini diketuai oleh Leftenan Jeneral Nakrob  Boonbuatong.

 

Para peserta terdiri daripada pemimpin dari berbagai sektor dari agensi-agensi dalam masyarakat di Thailand yang sedang mengikuti kursus Sijil Lanjutan Promosi Persatuan Kedamaian (Advanced Certificate on Promotion of Peaceful Society) bagi tempoh (9) bulan di King Prajdhipok’s Institute, Thailand

 

Kunjungan ini adalah sebahagian daripada program kursus dan bertujuan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai undang-undang Jenayah Syariah yang dilaksanakan di Negara Brunei Darussalam supaya dapat difahami lebih jelas dan terhindar daripada spekulasi yang kurang tepat.

 

Bagi menyampaikan tujuan tersebut, Timbalan Dekan FSU Yang Mulia, Dr Hajah Hanan binti PDSM DPSS (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz telah memberikan taklimat berhubung “Undang-Undang Islam di Negara Brunei Darussalam: Prinsip dan Pelaksanaan”.

 

Pada pagi tersebut delegasi telah dialu-alukan oleh Yang Mulia, Dr Hajah Masnooraini binti Haji Mohiddin, Dekan Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) UNISSA.

 

Perjumpaan tersebut telah dihadiri sama oleh Ustaz Haji Sammali bin Haji Adam, Pengarah Pusat Perhubungan Awam dan Antarabangsa.

 

Gambar ramai rombongan