DELEGASI KUNJUNGAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ST. GEORGE PERAK MALAYSIA KE UNISSA

lawatan

Hari Isnin, 25 Mac 2019M

Bandar Seri Begawan: Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dalam usianya menjangkau 12 tahun penubuhannya, tarikan pengunjung luar negara amat ketara dengan adanya kunjungan luar negara.

Pada pagi hari Isnin yang lalu , pihak UNISSA telah menerima kunjungan daripada Guru-Guru Sekolah Menengah Kebangsaan St George Perak Malaysia seramai (17) orang diketuai oleh Cikgu Puan Zurani binti Mukapit, Penolong Kanan Tingkatan 6.

Rombongan ini telah dialu-alukan oleh Yang Mulia, Awang Haji Sammali bin Haji Adam, Pengarah Pusat Perhubungan Awam dan Antarabangsa

Kunjungan guru-guru ini adalah untuk meninjau lebih dekat perkembangan pendidikan Islam di Brunei Darussalam khususnya di UNISSA di samping mengenal program-program yang ditawarkan oleh UNISSA. Pihak rombongan melihat perkembangan UNISSA mempunyai potensi dalam mengembangkan lagi bidang kerjasama dengan institusi luar negara apatah lagi Brunei adalah sebuah Negara yang mengamalkan kehidupan beragama yang sangat kuat.

Perjumpaan tersebut telah dihadiri sama oleh Ustazah Siti Nurasmah binti Haji Damit, Pengarah Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat UNISSA.