FORUM HIJRAH ILMU DAN AMAL NADI WAWASAN NEGARA

forum hijrah ilmu dan amal 2

HARI/TARIKH:
RABU, 30 MUHARAM 1440H / 10 OKTOBER 2018M
TEMPAT:
AUDITORIUM UNISSA.
JAM:
2:00 PETANG.

Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) hari ini telah mengadakan Forum sempena sambutan Tahun Baru 1440 Hijrah yang bertema “Forum Hijrah Ilmu Dan Amal Nadi Wawasan Negara”.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Dr. Arman Bin Haji Asmat, Pemangku Rektor UNISSA.

Majlis ini juga turut dihadiri oleh Pegawai-Pegawai Utama, Para Pensyarah, Kakitangan, Mahasiswa dan Mahasiswi UNISSA.


Yang Mulia, Dr Arman bin Haji Asmad, Pemangku Rektor UNISSA

Majlis dimulakan dengan Bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Yang Mulia Ahmad Shafiee Bin Aim, Exco Unit Keugamaan Dan Kerohanian MPP.

Majlis dimeriahkan dengan pengisian Forum yang disampaikan oleh Awang Muhammad Iqbaal Syakib Bin Haji Suhib, Naib Yang Di-Pertua MPP dan Dayang Nabeelah Hafizah Binti Dr Awang Zainal Ariffin, Bendahari II MPP. Manakala Awang Mulia Ahmad Shafi’e Bin Haji Mohd Adnan,Yang Di-Pertua MPP sebagai Moderator bagi forum tersebut.

Awang Mulia Ahmad Shafi’e Bin Haji Mohd Adnan (Moderator),
Awang Muhammad Iqbaal Syakib Bin Haji Suhib, dan Dayang Nabeelah Hafizah
binti Dr Awang Zainal Ariffin,

Forum ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan menerapkan lagi dalam diri setiap para Mahasiswa dan Para Mahasiswi dengan mengamalkan konsep ilmu dan amal dalam diri mereka yang mana boleh memberikan manfaat di dunia dan akhirat. Pada masa yang sama, konsep ini juga merupakan paksi untuk mencapai matlamat wawasan negara 2035.

Majlis diteruskan lagi dengan persembahan nasyid dari Kumpulan Muhibbin yang terdiri daripada para mahasiswa UNISSA.


Majlis diakhiri dengan Tasbih Kaffarah dan Surah Al-‘Asr.

Related News