FORUM KHAS SEMPENA MAJLIS MAULIDUR RASUL 1440H

forum maulidur rasul

HARI/TARIKH:

ISNIN, 2 RABI’ULAKHIR 1440H/10 DISEMBER 2018M

TEMPAT:

AUDITORIUM UNISSA.

JAM:

10.15 PAGI

 

Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) hari ini telah mengadakan Forum Khas Sempena Majlis Maulidur Rasul 1440H.

 

Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi majlis forum ini ialah Yang Mulia Dr. Haji Norarfan Bin Haji Zainal, REKTOR UNISSA.

 

Majlis dimulakan dengan Bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Yang Mulia Muhammad Ifwat Bin Muhammad Jane iaitu Mahasiswa tahun 1 daripada Fakulti Syariah Dan Undang-Undang.

 

Majlis dimeriahkan dengan pengisian Forum yang disampaikan oleh Awang Muhammad Yadiy Bin Haji Mat Yassin, Pelajar Ijazah Doktor Falsafah Bahasa Arab dan Awang Muhammad Akmal Bin Awang Tarif, Pelajar Ijazah Sarjana Halalan Tayyiban. Manakala Dayang Ijlalima Nadzirah Binti Haji Md Yunos, Pelajar Ijazah Doktor Falsafah Bahasa Arab sebagai pengerusi bagi forum khas tersebut.

 

Tajuk forum khas ini ialah “Tarbiah Rasulullah Membawa Rahmat Kepada Keluarga”.

 

Antara perkara yang disentuh dalam forum tersebut ialah bagaimana kehidupan berkeluarga yang harmoni dan bahagia itu adalah hasil didikan Rasulullah Shallahu ‘alaihi wassallam yang perlu dicontohi. Tarbiah atau didikan melalui keperibadian akhlak Rasulullah Shallahu ‘alaihi wasallam yang murni perlu diterapkan dalam hidup berkeluarga agar persefahaman antara suami isteri, tanggungjawab terhadap anak-anak dan pertalian silaturrahim terus kekal membentuk keluarga sakinah.

 

Pengerusi dan Ahli Panel Forum Khas Sambutan Maulud Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam 1440H UNISSA

 

Majlis ini juga turut dihadiri oleh Pegawai-Pegawai Utama UNISSA, Para Pensyarah dan Para Mahasiswa.

 

Majlis diteruskan lagi dengan Dikir Marhaban Sempena Maulidur Rasul dan diakhiri dengan bacaan doa selamat yang diketuai oleh oleh Yang Mulia Ahmad Shafiee Bin Aim, Exco Unit Keagamaan Dan Kerohanian MPP.

 

 

Related News