FORUM SEMPENA SAMBUTAN ISRA’ DAN MI’RAJ UNISSA 1440 HIJRIAH

isra 001

Bandar Seri Begawan, 10 April 2019-Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) hari ini telah mengadakan sambutan Isra’ dan Mi’raj Rasulullah Shallahu’alaihi wasallam dengan menampilkan beberapa pelajar dalam Forum Khas.

Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah Yang Mulia Dr Haji Norarfan Bin Haji Zainal, Rektor UNISSA.

Sambutan Isra’ dan Mi’raj adalah ingatan umat Islam terhadap persitiwa yang amat bersejarah iaitu bermulanya pensyariatan sembahyang fardu lima waktu. Sesuai dengan tema sambutan Isra’ dan Mi’raj pada tahun ini ialah ‘Sembahyang Membentuk Umat Bertaqwa’ telah dibincangkan oleh panel forum terdiri daripada Awangku Mohammad Daud bin Pengiran Matassan, Pelajar Program Phd Fakulti Syariah dan Undang-Undang dan Muhammad Jihad Al Banna , Pelajar Program Sarjana Usuluddin dari Indonesia manakala pengerusinya ialah Ahmad Syafiee bin Aim, Pelajar Program Sarjana Muda Usuluddin.

Majlis sambutan Isra’ dan Mi’raj diselajurkan dengan majlis penyampaian insentif kepada pelajar yang bergiat aktif dan mengharumkan nama UNISSA peringkat kebangsaan dan antarabangsa bagi tahun 2018 yang disempurnakan oleh Tetamu Kehormat majlis.

Antara objektif majlis diadakan ialah untuk mengagungkan peristiwa Isra’ dan Mi’raj dan mengambil iktibar daripada peristiwa tersebut untuk diaplikasikan dalam kehidupan kita seharian. Majlis ini juga adalah untuk menghargai sumbangan pelajar-pelajar yang mengharumkan nama UNISSA di peringkat kebangsaan dan antarabangsa serta menanamkan semangat pelajar-pelajar lain untuk ikut serta dalam pertandingan dalam atau luar negara.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Timbalan Rektor UNISSA, Dr Haji Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad dan juga Penolong Rektor UNISSA, Dr Arman bin Haji Asmad.

 

 

Attachment