HARI TERBUKA BAHASA ARAB

- Posted by PTMAdmin
- Posted in Faculty of Arabic Language News, News
26 September 2019M, Universiti Islam Sultan Sharif Ali melalui Fakulti Bahasa Arab telah mengadakan hari terbuka fakulti bagi tujuan memberigakan program – program akademik serta aktiviti pelajar. Acara ini juga diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturrahim sesama pelajar dari pelbagai fakulti dan juga antara warga akademik UNISSA. Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor UNISSA.
Dalam Majlis tersebut, Yang Mulia Tetamu Kehormat Majlis juga berkesudian melancarkan laporan tahunan Fakulti Bahasa Arab 2015- Ogos 2019, handbook fakulti sesi pengajian 2019-2020, Program Mentorship, Badan Pelajar Fakulti Bahasa Arab dan kelab- kelab Bahasa Arab.
Menurut Yang Mulia Profesor Madya Dr Siti Sara binti Haji Ahmad, Dekan Fakulti Bahasa Arab, program ini adalah merupakan program julung-julung kalinya diadakan dan akan menjadi acara tahunan fakulti. Pemberigaan ini bukan sahaja tertumpu kepada warga pelajar UNISSA, bahkan akan dilaratkan kepada semua sekolah- sekolah Arab di Negara Brunei Darussalam memandangkan mereka merupakan feeder utama bagi Fakulti Bahasa Arab.
Turut Hadir pada acara tersebut ialah Pegawai-Pegawai Eksekutif,Pegawai-Pegawai Utama, staf akademik dan pelajar-pelajar UNISSA.