IKLAN JAWATAN KERANI

JAWATAN                   :          KERANI UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI

TANGGAGAJI            :          D.1-2-3 EB.4-5 [ $530 – $1,625 SEBULAN ]

KEKOSONGAN           :           TIGA (03)

 

KELAYAKAN MINIMUM:

    1. a) 4 Kepujian / Kredit mata Pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei Cambridge Peringkat Biasa atau sebanding termasuk mata Pelajaran Bahasa Melayu.

      ATAU

      b) Sedang berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pembantu Pejabat (Pelayan) dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

    2. Bagi calon di para 1.b) :-
      a) Telah lulus Peperiksaan Kerani Rendah bagi penetapan jawatan.
      b) Sekurang-kurangnya telah mengikuti kursus-kursus Induksi dan Profesional bagi Pembantu Pejabat yang dikendalikan Institut Perkhidmatan Awam.
    3. Berkebolehan dalam menggunakan komputer adalah kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

  1. Menaip persuratan termasuk penyemakan (Proof Reading), sistem failing dan susulan.
  2. Tertakluk kepada fungsi Jabatan / Bahagian / Unit, tanggungjawab juga termasuk pengurusan kewangan, memproses permohonan dan pentadbiran Pejabat.
  3. Melaksanakan tugas dan tanggungjawab seperti yang disenaraikan oleh Kementerian / Jabatan di dalam huraian tugas (Job Description).
  4. Melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagaimana yang diarahkan pegawai atasan dari semasa ke semasa.

 

Tatacara Permohonan:

Borang permohonan – Form P1 (Borang P1) bolehlah didapati dan diisi melalui online di laman sesawang: http://www.unissa.edu.bn/jobapplication/form-p1/

 

SYARAT-SYARAT LAIN :

i) Universiti berhak menolak borang permohonan yang tidak diisi dengan lengkap dan yang tidak menyertakan dokumen-dokumen yang diperlukan.

ii) Hanya pemohon-pemohon yang memenuhi syarat-syarat dan yang disenaraipendek sahaja akan dipanggil untuk menjalani sesi temuduga.

iii) Bagi pemohon-pemohon yang terdiri daripada kakitangan yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia hendaklah juga memohon melalui online. Salinan hardcopy borang permohonan juga hendaklah dihantar melalui Ketua Jabatan masing-masing yang mana Ketua Jabatan hendaklah menghadapkan permohonan tersebut berserta dengan satu SOKONGAN LAPORAN SULIT mengenai pemohon, laporan PRESTASI TIGA (3) TAHUN KEBELAKANGAN dan SATU SALINAN REKOD PERKHIDMATAN YANG LENGKAP dan TERKINI.

 

Setelah lengkap mengisi borang permohonan melalui online, pemohon akan diberikan Application Reference No. (ARN) dan pemohon dikehendaki untuk menghantar emel ARN tersebut ke recruitment@unissa.edu.bn.

 

Jika ada sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi +6732462000 ext 184 semasa waktu pejabat atau emel kepada recruitment@unissa.edu.bn

 

Peringatan: Hanya pemohon-pemohon yang disenaraipendek sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.

 

Tarikh Buka Permohonan           : Hari Isnin, 22 April 2019

Tarikh Tutup Permohonan          : Hari Selasa, 07 Mei 2019

Rujukan Iklan                               : UNISSA/IJK/KER/005/2019