IKLAN JAWATAN KERANI BAHASA ARAB

Calon-calon yang terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam adalah dipelawa untuk memohon jawatan berikut:

JAWATAN                   :          KERANI BAHASA ARAB

BAHAGIAN                 :          IV

TANGGAGAJI            :           D.1-2-3 EB. 4-5 (B$530.00 – B$1,625.00)

KEKOSONGAN           :           SATU (01)

 

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN :

 

  • Mempunyai pengetahuan tentang kerasmian Ugama Islam, Adat Istiadat Negara, Adat Resam dan Kebudayaan Orang-Orang Melayu Brunei dan Perkembangan Sosial, ekonomi dan politik Negara Brunei Darussalam.
  • Lulus dengan kepujian/kredit empat (4) mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Ugama (SPU) atau 4 kepujian /kredit Sijil Am Pelajaran Cambridge peringkat Biasa atau kelulusan yang diiktiraf sebanding dengannya oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Mempunyai kelulusan yang bersesuaian yang lebih tinggi dan /atau berpengalaman dalam bidang kerja-kerja berkaitan dengan persuratan dalam Bahasa Arab adalah merupakan satu kelebihan.
  • Berkebolehan dalam menggunakan computer terutama dalam menaip persuratan dalam Bahasa Arab.
  • Berkebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Arab dengan baik disamping Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

  • Menaip apa jua persuratan, memorandum, minit dan seumpamanya dalam Bahasa Arab.
  • Menaip kertas kertas kerja, jurnal, artikel dan lain-lain yang berkaitan dalam Bahasa Arab.
  • Menterjemah isi surat, memorandum, minit dari Bahasa Melayu atau Inggeris ke dalam Bahasa Arab atau sebaliknya.Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Bahagian dari semasa ke semasa.

 

SYARAT-SYARAT LAIN :

  • Mempunyai perwatakan yang baik dan dapat memberikan komitmen yang tinggi terhadap tugas dan tanggungjawab serta dapat menjalankan tugas-tugas dengan penyeliaan yang minima.
  • Hanya pemohon-pemohon yang memenuhi syarat-syarat dan yang disenaraipendek sahaja akan dipanggil untuk menjalani sesi temuduga.
  • Universiti berhak menolak borang permohonan yang tidak diisi dengan lengkap dan yang tidak menyertakan dokumen-dokumen yang diperlukan.
  • Bagi pemohon-pemohon yang terdiri daripada pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan hendaklah menghantar permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing yang mana Ketua Jabatan hendaklah menghadapkan permohonan tersebut berserta dengan satu sokongan laporan sulit mengenai pemohon, laporan penilaian prestasi bagi tiga tahun kebelakangan dan satu salinan Rekod Perkhidmatan yang lengkap dan terkini.

 Tatacara Permohonan:

Borang permohonan – Form P1 (Borang P1) bolehlah didapati dan diisi melalui online di laman sesawang: http://www.unissa.edu.bn/jobapplication/form-p1/. Setelah lengkap mengisi borang permohonan melalui online, pemohon akan diberikan Application Reference No. (ARN) dan pemohon dikehendaki untuk menghantar emel ARN tersebut ke recruitment@unissa.edu.bn.

 

Jika ada sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi +6732462000 ext 184 semasa waktu pejabat atau emel kepada recruitment@unissa.edu.bn

 

Peringatan: Hanya pemohon-pemohon yang disenaraipendek sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.

 

Tarikh Buka Permohonan           : Hari Isnin, 08 April 2019

Tarikh Tutup Permohonan          : Hari Isnin, 22 April 2019

Rujukan Iklan                               : UNISSA/IJK/KBA/003/2019