Iklan Jawatan Pegawai Kewangan (Bergaji Hari)

Calon-calon yang terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam adalah dipelawa untuk memohon jawatan berikut:

JAWATAN : PEGAWAI KEWANGAN (BERGAJI HARI), UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI

BAHAGIAN : II

TANGGAGAJI : B.2 EB.3

KEKOSONGAN : 1

 

KELAYAKAN MINIMUM :

a. Mempunyai pengetahuan tentang kerasmian Ugama Islam, Adat Istiadat Negara, Adat Resam dan Kebudayaan Orang-Orang Melayu Brunei dan Perkembangan Sosial, Ekonomi dan Politik Negara Brunei Darussalam.

b. i) Berkelulusan Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW) atau Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) atau kelulusan professional badan perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

ATAU

ii) Mempunyai Ijazah Sarjana Muda atau sebanding dalam bidang Perakaunan / Kewangan / Ekonomi / Pengurusan atau bidang bersesuaian yang diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

c. Berkebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan

d. Bagi pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia hendaklah menghantar permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing yang mana Ketua Jabatan hendaklah menghadapkan permohonan tersebut berserta dengan satu sokongan laporan sulit mengenai pemohon, laporan prestasi tiga (3) tahun kebelakangan dan satu salinan Rekod Perkhidmatan yang lengkap dan terkini.

e. Mempunyai pengalaman kerja dalam bidang kewangan adalah satu kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB :

  1. Bertanggungjawab dalam membantu Bendahari dalam kerja-kerja yang berhubungkait dengan perakaunan dan kewangan Universiti termasuk menyediakan penyata kewangan, laporan perbelanjaan bulanan/tahunan, permohonan peruntukan tahunan.
  2. Menyelaras urusan-urusan pembayaran tuntutan, gaji, elaun, tambang, penggunaan peruntukan dengan tatacara yang betul dan mengikut peraturan kewangan.
  3. Memastikan tugasan yang dibuat oleh kakitangan kewangan adalah mengikut prosedur dan tatacara yang betul dengan peraturan kewangan dan lain-lain peraturan yang berkaitan dengannya.
  4. Bertanggungjawab untuk melaporkan dari masa ke semasa kepada Bendahari apa jua perkara yang memerlukan kelulusan pihak atasan terutama dari segi penggunaan peruntukan kewangan.
  5. Membantu Bendahari dalam sama-sama mengawal dan memantau kawalan kerja, disiplin dan kesejahteraan kakitangan di Pejabat Bendahari dan Bahagian Kewangan.
  6. Lain-lain tugas yang diarahkan oleh Bendahari dan pegawai-pegawai atasan Universiti dari masa ke semasa.

 

SYARAT-SYARAT LAIN :

  1. Mempunyai perwatakan yang baik dan dapat menunjukan sikap komitmen yang tinggi terhadap tugas dan tanggungjawab serta dapat menjalankan tugas-tugas dengan penyeliaan yang minima.
  2. Hanya pemohon-pemohon yang memenuhi syarat-syarat dan yang disenaraipendek sahaja akan dipanggil untuk menjalani sesi temuduga.
  3. Universiti berhak menolak borang permohonan secara online yang tidak diisi dengan lengkap dan yang tidak menyertakan dokumen-dokumen yang diperlukan.

 

Tatacara Permohonan:

Borang permohonan – Form P1 (Borang P1) bolehlah, didapati dan diisi melalui online di laman sesawang: http://www.unissa.edu.bn/jobapplication/form-p1/

Setelah lengkap mengisi borang permohonan melalui online, pemohon akan diberikan Application Reference No. (ARN) dan pemohon dikehendaki untuk mengemail ARN tersebut ke recruitment@unissa.edu.bn.

 

Jika ada sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi +6732462000 ext 184 semasa waktu pejabat atau emel kepada recruitment@unissa.edu.bn

Tarikh Buka Permohonan : Hari Rabu, 06 Jun 2018

Tarikh Tutup Permohonan : Hari Sabtu, 14 Julai 2018

Rujukan Iklan : UNISSA/P.KEW/GH/001/2018

 

 

Related News