Iklan Jawatan Pekerja Tingkat II (Bergaji Hari)

Calon-calon yang terdiri daripada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang memenuhi syarat-syarat di bawah ini adalah dipelawa untuk memohon bagi jawatan:

 

JAWATAN: PEKERJA TINGKAT II (BERGAJI HARI)

[GAJI : $25.80 – $27.20 SEHARI]

JABATAN: UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI

KEKOSONGAN:  1 ORANG

 

Syarat-Syarat Permohonan:

  1. Berumur antara 18 tahun hingga 30 tahun pada tarikh tutup iklan.

 

  1. Mempunyai kelulusan 4 ‘O’ Level ke atas atau National Trade Certificate 2 (NTC) atau London Chamber of Commerce Industry (LCCI Level 2) dalam bidang komputer, pengendalian pejabat dan yang sebanding dan bersesuaian dengannya.

 

  1. Mempunyai Sijil Menaip dan Trengkas atau Sijil Penggunaan Komputer adalah diberi keutamaan.

 

  1. Berkebolehan bertutur dan menulis dalam bahasa Arab adalah satu kelebihan.

 

 

Tugas-Tugas & Tanggungjawab:

 

a) Membantu dalam hal ehwal pengurusan pentadbiran seperti pekeranian, menaip persuratan, menyediakan memorandum, minit, urusan perfailan, menyediakan data maklumat pejabat di bahagian-bahagian yang ditetapkan.

b) Bersedia untuk bertugas pada bila-bila masa dikehendaki termasuk di luar masa bekerja biasa, hari-hari kelepasan awam dan di mana-mana tempat di bawah kawalan Universiti Islam Sultan Sharif Ali.

 

Tatacara Permohonan:

Borang permohonan – Form P1 (Borang P1) bolehlah, didapati dan diisi melalui online di laman sesawang: http://www.unissa.edu.bn/jobapplication/form-p1/. Borang yang telah lengkap diisikan hendaklah disertakan bersama salinan dokumen-dokumen yang berkaitan.

 

apply-online-icon.jpg

 

Setelah lengkap mengisi borang permohonan melalui online, pemohon akan diberikan Application Reference No. (ARN) dan pemohon dikehendaki untuk menghantar emel ARN tersebut ke recruitment@unissa.edu.bn

 

Tarikh tutup permohonan melalui online adalah pada 20 Ogos 2018. Hanya calon-calon yang disenaraipendek sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.

 

Jika ada sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi +6732462000 ext 184 atau emel kepada recruitment@unissa.edu.bn

 

Tarikh Buka Permohonan : Hari Isnin, 06 Ogos 2018

Tarikh Tutup Permohonan    : Hari Isnin, 20 Ogos 2018

Rujukan Iklan                :      UNISSA/PGH/003/2018

Related News