Iklan Jawatan Pegawai Ugama (Bergaji Hari)

Calon-calon yang terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam adalah dipelawa untuk memohon jawatan berikut:

 

 JAWATAN                           :           PEGAWAI UGAMA (BERGAJI HARI)

BAHAGIAN                         :           II

TANGGAGAJI                     :           B.2 EB.3

KEKOSONGAN                  :           1

JABATAN                             :           UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI

           

                                   

 

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN :

 

  1. Mestilah terdiri daripada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
  2. Mempunyai pengetahuan tentang kerasmian Ugama Islam, Adat Istiadat Negara, Adat Resam dan Kebudayaan Orang-Orang Melayu Brunei dan Perkembangan Sosial, Ekonomi dan Politik Negara Brunei Darussalam.
  3. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam yang diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

 

Mempunyai kelulusan yang bersesuaian yang lebih tinggi adalah satu kelebihan.

  1. Fasih membaca Al-Quran dan doa-doa pilihan
  2. Berkebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab adalah satu kelebihan.
  3. Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia hendaklah menghantar permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing. Ketua Jabatan hendaklah menghadapkan permohonan tersebut berserta dengan satu sokongan laporan sulit mengenai pemohon, laporan prestasi tiga (3) tahun kebelakangan dan satu salinan Rekod Perkhidmatan yang lengkap dan terkini.

 

SYARAT-SYARAT LAIN

 

  1. Hendaklah bersedia untuk bertugas pada bila-bila masa termasuk di luar waktu berkerja biasa dan di mana sahaja sebagaimana yang diarahkan.
  2. Mempunyai perwatakan yang baik dan dapat menunjukan sikap komitmen yang tinggi terhadap tugas dan tanggungjawab serta dapat menjalankan tugas-tugas dengan penyeliaan yang minima.
  3. Hanya pemohon-pemohon yang memenuhi syarat-syarat dan yang disenaraipendek sahaja akan dipanggil untuk menjalani sesi temuduga.
  4. Universiti berhak menolak borang permohonan secara online yang tidak diisi dengan lengkap dan yang tidak menyertakan dokumen-dokumen yang diperlukan.
  5. Syarat-syarat lain adalah dikawal oleh peraturan-peraturan yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB :

 

  1. Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti kerohanian, kelas-kelas ugama, bengkel, dan aktiviti-aktiviti bagi meraikan hari-hari kebesaran Islam seperti aktiviti-aktiviti bulan Ramadhan, Sambutan Maulud Nabi dan lain-lain.
  2. Bertanggungjawab atas keperluan, kemudahan dan peralatan bagi aktiviti kerohanian termasuklah tempat-tempat ibadah di Universiti.
  3. Mengeluarkan dan menerbitkan risalah panduan dan risalah kenyataan yang berkaitan dengan keagamaan.
  4. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan dari semasa ke semasa.

 

 

Tatacara Permohonan:

Borang permohonan – Form P1 (Borang P1) bolehlah, didapati dan diisi melalui online di laman sesawang: http://www.unissa.edu.bn/jobapplication/form-p1/. Setelah lengkap mengisi borang permohonan melalui online, pemohon akan diberikan Application Reference No. (ARN) dan pemohon dikehendaki untuk menghantar emel ARN tersebut ke recruitment@unissa.edu.bn.

 

apply-online-icon.jpg

 

Jika ada sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi +6732462000 ext 184 semasa waktu pejabat atau emel kepada recruitment@unissa.edu.bn

 

Tarikh Buka Permohonan                : Hari Isnin, 06 Ogos 2018

Tarikh Tutup Permohonan              : Hari Isnin, 20 Ogos 2018

Rujukan Iklan                                       : UNISSA/PUG/GH/002/2018

Related News