IKLAN JAWATAN PEMANDU TINGKAT II

Calon-calon yang terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam adalah dipelawa untuk memohon jawatan berikut:

PEMANDU TINGKAT II
UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI
F.3-4 EB.5 ($550 – $700 SEBULAN)
KEKOSONGAN : SATU (1)

 

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN :

1. Mestilah terdiri daripada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

2. Mempunyai pengetahuan tentang kerasmian Ugama Islam, Adat Istiadat Negara, Adat Resam dan Kebudayaan Orang-Orang Melayu Brunei dan Perkembangan Sosial, Ekonomi dan Politik Negara Brunei Darussalam.

3. a) Lulus Tingkatan I

Mempunyai kelulusan yang lebih tinggi adalah kelebihan.

ATAU

b) Telah berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian sekurang-kurangnya dalam tanggagaji F.1 tidak kurang dari 3 tahun.

4. Mempunyai lesen memandu kelas 3 / 4 / 5 / 6 / 11 yang sah (keperluan lesen tertakluk kepada kehendak Kementerian /Jabatan berkenaan).

5. Tidak pernah didakwa kerana kesalahan memandu.

6. Berpengalaman memandu semua jenis kenderaan dan berkebolehan membaiki kerosakan kecil adalah kelebihan.

7. Bagi pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia hendaklah menghantar permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing yang mana Ketua Jabatan hendaklah menghadapkan permohonan tersebut berserta dengan satu sokongan laporan sulit mengenai pemohon, laporan prestasi tiga (3) tahun kebelakangan dan satu salinan Rekod Perkhidmatan yang lengkap dan terkini.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB :

SECARA AM :

1. Memandu / membawa kenderaan Jabatan untuk menghantar dan mengambil pegawai-pegawai kanan /pegawai / kakitangan bagi urusan-urusan rasmi Jabatan.

2. Bertugas mengikut seperti jadual waktu bertugas yang telah disediakan.

3. Bersedia untuk ditempatkan dan bertugas di mana-mana daerah jika diperlukan.

4. Memeriksa / menyemak keadaan kenderaan dan juga peralatannya setiap hari untuk memastikan kenderaan adalah di dalam keadaan yang selamat dan sempurna untuk digunakan sebelum memulakan tugas.

5. Sentiasa memelihara / memastikan kesempurnaan dan kebersihan kenderaan-kenderaan Jabatan sama ada bagi kenderaan darat dan kenderaan laut.

6. Membantu menguruskan kerja-kerja pemeliharaan / pembaikan kenderaan ke workshop / pengurusan penyambungan cukai jalan jika diperlukan.

7. Membuat dan menghadapkan laporan dengan seberapa segera mengenai kerosakan ataupun tanda-tanda kerosakan ke atas kenderaan-kenderaan Jabatan dengan seberapa segera kepada Ketua Bahagian.

8. Memastikan kenderaan-kenderaan Jabatan adakah dgunakan dengan baik dan cermat serta bagi urusan-urusan rasmi Jabatan sahaja.

9. Sentiasa mencatatkan setiap perjalanan-perjalanan yang menggunakan kenderaan Jabatan ke dalam buku catatan (LOG) yang telah dikhaskan.

10. Sentiasa menggunakan buku khas bagi pengambilan minyak dan mencatatkan setiap pengambilan minyak bagi kenderaan-kenderaan Jabatan ke dalam buku catatan (LOG) yang telah dikhaskan.
 
SYARAT-SYARAT LAIN

a. Hendaklah bersedia untuk bertugas pada bila-bila masa termasuk di luar waktu berkerja biasa dan di mana sahaja sebagaimana yang diarahkan.

b. Hanya pemohon-pemohon yang memenuhi syarat-syarat dan yang disenaraipendek sahaja akan dipanggil untuk menjalani sesi temuduga.

c. Universiti berhak menolak borang permohonan secara online yang tidak diisi dengan lengkap dan yang tidak menyertakan dokumen-dokumen yang diperlukan.

d. Syarat-syarat lain adalah dikawal oleh peraturan-peraturan yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa.

 
Tatacara Permohonan:

Borang permohonan – Form P1 (Borang P1) bolehlah, didapati dan diisi melalui online di laman sesawang:http://www.unissa.edu.bn/jobapplication/form-p1/.Setelah lengkap mengisi borang permohonan melalui online, pemohon akan diberikan Application Reference No. (ARN) dan pemohon dikehendaki untuk menghantar emel ARN tersebut ke recruitment@unissa.edu.bn.

Jika ada sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi +6732462000 ext 184 semasa waktu pejabat atau emel kepada recruitment@unissa.edu.bn

Peringatan: Hanya pemohon-pemohon yang disenaraipendek sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.

Tarikh Buka Permohonan : Hari Isnin ,18 Mac 2019
Tarikh Tutup Permohonan : Hari Isnin , 01 April 2019
Rujukan Iklan : UNISSA/IJK/PTII/002/2019