IKLAN JAWATAN PEMBANTU TEKNOLOGI PENDIDIKAN

Calon-calon yang terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam adalah dipelawa untuk memohon jawatan berikut:

JAWATAN : PEMBANTU TEKNOLOGI PENDIDIKAN UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI
TANGGAGAJI : D.1-2-3 EB.4-5 ($530 – $1,625 SEBULAN)
KEKOSONGAN : SATU (1)

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

a. Mestilah terdiri daripada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

b. Mempunyai pengetahuan tentang kerasmian Ugama Islam, Adat Istiadat Negara, Adat Resam dan Kebudayaan Orang-Orang Melayu Brunei dan Perkembangan Sosial, Ekonomi dan Politik Negara Brunei Darussalam.

c. i) 4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa atau kelulusan sebanding

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

ATAU

ii) BDTVEC/NTEC National Trade Certificate Grade 2 (NTC2) atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.
ATAU

iii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

d. Berkebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

e. Bagi pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia hendaklah menghantar permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing yang mana Ketua Jabatan hendaklah menghadapkan permohonan tersebut berserta dengan satu sokongan laporan sulit mengenai pemohon, laporan prestasi tiga (3) tahun kebelakangan dan satu salinan Rekod Perkhidmatan yang lengkap dan terkini.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
Bertanggungjawab dalam kerja-kerja Wordprocessing, Data Entry, Penggunaan Computer Graphics, Desktop Publishing, Pengemaskinian Laman Sesawang, Penyediaan kad ID bagi warga UNISSA, dan juga Penyediaan alat bantu mengajar (electronic dan non-electronic).

SYARAT-SYARAT LAIN

a. Hendaklah bersedia untuk bertugas pada bila-bila masa termasuk di luar waktu berkerja biasa dan di mana sahaja sebagaimana yang diarahkan.

b. Hanya pemohon-pemohon yang memenuhi syarat-syarat dan yang disenaraipendek sahaja akan dipanggil untuk menjalani sesi temuduga.

c. Universiti berhak menolak borang permohonan secara online yang tidak diisi dengan lengkap dan yang tidak menyertakan dokumen-dokumen yang diperlukan.

d. Syarat-syarat lain adalah dikawal oleh peraturan-peraturan yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa.

Tatacara Permohonan:
Borang permohonan – Form P1 (Borang P1) bolehlah, didapati dan diisi melalui online di laman sesawang: http://www.unissa.edu.bn/jobapplication/form-p1/. Setelah lengkap mengisi borang permohonan melalui online, pemohon akan diberikan Application Reference No. (ARN) dan pemohon dikehendaki untuk menghantar emel ARN tersebut ke recruitment@unissa.edu.bn.

Jika ada sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi +6732462000 ext 184 semasa waktu pejabat atau emel kepada recruitment@unissa.edu.bn

Peringatan: Hanya pemohon-pemohon yang disenaraipendek sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.

Tarikh Buka Permohonan : Hari Isnin, 11 Februari 2019
Tarikh Tutup Permohonan : Hari Isnin, 25 Februari 2019

Rujukan Iklan : UNISSA/IJK/PTP/001/2019

Related News