IKLAN JAWATAN PENOLONG DAFTAR

Calon-calon yang terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam adalah dipelawa untuk memohon jawatan berikut:

JAWATAN                   :          PENOLONG PENDAFTAR UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI

BAHAGIAN                 :          II

TANGGAGAJI            :          UB.1 EB.2 ($2,630 – $3,760 EB KHAS $3,880 – $3,880 – $4,240 SEBULAN)

KEKOSONGAN           :           SATU (01)

 

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN :

 

a) Mempunyai pengetahuan tentang kerasmian Ugama Islam, Adat Istiadat Negara, Adat Resam dan Kebudayaan Orang-Orang Melayu Brunei dan Perkembangan Sosial, Ekonomi dan Politeknik Negara Brunei Darussalam.

b) i. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian dalam bidang yang bersesuaian serta diiktirafkan oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Mempunyai kelulusan yang bersesuaian yang lebih tinggi adalah merupakan satu kelebihan.

ATAU

ii. Sedang berkhidmat di Institusi Pengajian Tinggi tempatan dalam jawatan yang bersesuaian dalam tanggagaji B.2 atau yang sebanding selama tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

ATAU

iii. Sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam jawatan yang bersesuaian dalam tanggagaji C.3 atau yang sebanding selama tidak kurang dari 9 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

c) Berkebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik. Berkemampuan bertutur dan menulis dalam Bahasa Arab dengan baik adalah sebagai satu kelebihan.

d) Bagi pemohon-pemohon yang terdiri daripada kakitangan yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia hendaklah juga memohon melalui online. Salinan hardcopy borang permohonan juga hendaklah dihantar melalui Ketua Jabatan masing-masing yang mana Ketua Jabatan hendaklah menghadapkan permohonan tersebut berserta dengan satu SOKONGAN LAPORAN SULIT mengenai pemohon, laporan PRESTASI TIGA (3) TAHUN KEBELAKANGAN dan SATU SALINAN REKOD PERKHIDMATAN YANG LENGKAP dan TERKINI.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

  • Bertanggungjawab dalam membantu Pendaftar dalam kerja-kerja yang berhubungkait dengan Pentadbiran Am dan Pentadbiran Akademik Universiti.
  • Lain-lain tugas yang diarahkan oleh Pendaftar dan pegawai-pegawai atasan Universiti dari masa ke semasa.

 

SYARAT-SYARAT LAIN :

  1. Mempunyai perwatakan yang baik dan dapat memberikan komitmen yang tinggi terhadap tugas dan tanggungjawab serta dapat menjalankan tugas-tugas dengan penyeliaan yang minima.
  2. Hanya pemohon-pemohon yang memenuhi syarat-syarat dan yang disenaraipendek akan dipanggil untuk menjalani sesi temuduga.
  3. Universiti berhak menolak borang permohonan yang tidak diisi dengan lengkap dan yang tidak menyertakan dokumen-dokumen yang diperlukan.
  4. Bagi pemohon-pemohon yang terdiri daripada pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan hendaklah menghantar permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing yang mana Ketua Jabatan hendaklah menghadapkan permohonan tersebut berserta dengan satu sokongan laporan sulit mengenai pemohon, laporan penilaian prestasi bagi tiga tahun kebelakangan dan satu salinan Rekod Perkhidmatan yang lengkap dan terkini.

 

Tatacara Permohonan:

Borang permohonan – Form P1 (Borang P1) bolehlah didapati dan diisi melalui online di laman sesawang: http://www.unissa.edu.bn/jobapplication/form-p1/. Setelah lengkap mengisi borang permohonan melalui online, pemohon akan diberikan Application Reference No. (ARN) dan pemohon dikehendaki untuk menghantar emel ARN tersebut ke recruitment@unissa.edu.bn.

 

Jika ada sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi +6732462000 ext 184 semasa waktu pejabat atau emel kepada recruitment@unissa.edu.bn

 

Peringatan: Hanya pemohon-pemohon yang disenaraipendek sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.

 

Tarikh Buka Permohonan           : Hari Isnin, 22 April 2019

Tarikh Tutup Permohonan          : Hari Selasa, 07 Mei 2019

Rujukan Iklan                               : UNISSA/IJK/PP/004/2019