IKLAN JAWATAN PENOLONG PENSYARAH

Universiti Islam Sultan Sharif Ali mempelawa pemohon-pemohon tempatan yang berkelayakan dan bersesuaian untuk memohon jawatan-jawatan akademik seperti berikut:

 

JAWATAN               : PENOLONG PENSYARAH

TANGGAGAJI         : PT1 ($2905-$3000-$3095-$3190) sebulan

BIDANG                   : EKONOMI

KOD JAWATAN      : UNISSA/AKA/LOC/001/2019

 

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN :

a) Mestilah terdiri daripada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

b) Mempunyai pengetahuan tentang keresmian Agama Islam, Adat Istiadat Negara, Adat Resam dan Kebudayaan Orang-Orang Melayu Brunei dan Perkembangan Social, Ekonomi dan Politik Negara Brunei Darussalam.

 

BAGI TANGGAGAJI PT1

c)  i. Sebagai keperluan utama, mempunyai Ijazah Sarjana Muda (sekurang-kurangnya kelas dua atas) DAN Ijazah Sarjana (peringkat distinction sebagai kelebihan) atau yang sebanding dalam bidang yang bersesuaian dari universiti/fakulti universiti yang diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam (selepas ini dipanggil Kerajaan) dan terkemuka sebagai kelebihan.

ii. Benar-benar mempunyai minat untuk mengajar dan membuat penyelidikan.

iii. Berumur tidak melebihi 30 tahun adalah satu kelebihan.

 

KEMUDAHAN ELAUN DAN TATACARA PERMOHONAN:

ELAUN AKADEMIK : –
Penolong Pensyarah – $150.00 sebulan

 

Tatacara permohonan:-
Borang permohonan – Form P2 (Borang P2) bolehlah, didapati dan diisi melalui online di laman sesawang: http://www.unissa.edu.bn/jobapplication/form-p2/ Setelah lengkap mengisi borang permohonan melalui online, pemohon akan diberikan Application Reference No. (ARN) dan pemohon dikehendaki untuk mengemail ARN tersebut ke recruitment@unissa.edu.bn

 

SYARAT-SYARAT LAIN :
i)  Universiti berhak menolak borang permohonan yang tidak diisi dengan lengkap dan yang tidak menyertakan dokumen-dokumen yang diperlukan.
ii) Hanya pemohon-pemohon yang memenuhi syarat-syarat dan yang disenaraipendek sahaja akan dipanggil untuk menjalani sesi temuduga.
iii) Bagi pemohon-pemohon yang terdiri daripada kakitangan yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia hendaklah juga memohon melalui online. Salinan hardcopy borang permohonan juga hendaklah dihantar melalui Ketua Jabatan masing-masing yang mana Ketua Jabatan hendaklah menghadapkan permohonan tersebut berserta dengan satu SOKONGAN LAPORAN SULIT mengenai pemohon, laporan PRESTASI TIGA (3) TAHUN KEBELAKANGAN dan SATU SALINAN REKOD PERKHIDMATAN YANG LENGKAP dan TERKINI.

 

Jika ada sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi +6732462000 ext 184 semasa waktu pejabat atau emel kepada recruitment@unissa.edu.bn

 

Peringatan: Hanya pemohon-pemohon yang disenaraipendek sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.

 

Tarikh Buka Permohonan           : Hari Isnin, 22 April 2019

Tarikh Tutup Permohonan          : Hari Selasa, 07 Mei 2019

Rujukan Iklan                               : UNISSA/AKA/LOC/001/2019