IKLAN TAWARAN DALAM UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI

TAJUK TAWARAN:

UNISSA/SB0042/2018/2019 : SUPPLY, DELIVERY, INSTALLATION, TESTING AND SUPPORT OF DESKTOP PC, ADOBE CC AND EXTERNAL HARDISK FOR UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI

 

1. Tawaran adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat dan pembekal-pembekal tempatan yang berdaftar di Negara Brunei Darussalam.

 

2. Dokumen tawaran boleh diperolehi :

 

BAHAGIAN KEWANGAN

TINGKAT 1, BANGUNAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN

SIMPANG 347, JALAN PASAR BAHARU,

GADONG BE1310

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

 

Nota: Dokumen tawaran akan mengandungi borang sebutharga, spesifikasi dan/atau syarat-syarat tawaran dan juga borang pengakuan integriti penender.

 

3. Pada waktu-waktu (termasuk menerima yuran tawaran) seperti berikut :
 

Hari Isnin hingga Khamis

8.30 pagi hingga 11.00 pagi

2.00 petang hingga 3.00 petang

 

Hari Sabtu

8.30 pagi hingga 10.00 pagi

 

4. Yuran tawaran adalah $10.00 sahaja dan tidak akan dikembalikan kepada setiap syarikat-syarikat dan  pembekal-pembekal sama ada yang berjaya atau yang tidak berjaya setelah menghantar tawaran yang sah.
 

5. Segala kehendak dalam borang sebut harga mestilah ditulis dengan betul dan terang, jika tidak permohonan tawaran ini akan ditolak.
 

6. Tawaran hendaklah diisi dalam borang sebut harga yang asal (tidak boleh di fotokopi). Tawaran yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dimasukkan kedalam Peti Sebut harga yang disediakan dan di alamatkan kepada:

 

PENGERUSI SEBUT HARGA

UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI,

SIMPANG 347, JALAN PASAR BAHARU,

GADONG, BE1310,

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

 

7. Tawaran hendaklah disimpan didalam sampul surat tertutup rapi. Di sampul surat berkenaan hendaklah ditulis tajuk dan bilangan tawaran disebelah kiri atas sepertimana yang diiklankan serta tarikh tutup iklan ini, tanpa menunjukkan sebarang identiti, nama atau logo syarikat/ pembekal.
 

8. Tawaran hendaklah dikembalikan tidak lewat hari Rabu, 05 Disember 2.00 petang. Tawaran yang lewat dihantar tidak akan diterima.
 

9. Sijil pendaftaran Syarikat/Nama-Nama Perniagaan (Form 16 & 17 / Form X) hendaklah disertakan bersama tawaran.
 

10. Sijil pengiktirafan daripada Kementerian Pembangunan, AITI  dan yang berkenaan bagi kerja-kerja yang berkaitan.
 

11. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam tidak semestinya menerima tawaran-tawaran yang rendah atau sebarang tawaran.

Related News