You are here:  Home
Ceramah Motivasi 2010
Monday, 19 July 2010
majlis-ilmu-2010.jpg
 
LAWATAN KERJA YANG MULIA REKTOR UNISSA SERTA ROMBONGAN KE SINGAPURA DAN MALAYSIA
Monday, 14 June 2010
unissa3.jpgRektor UNISSA serta rombongan yang telah membuat lawatan kerja di beberapa tempat di Singapura dan Malaysia telah tiba di Negara Brunei Darussalam pada hari Sabtu, 19 Jun 2010. Rombongan kerja ini diketuai oleh Dr Haji Serbini bin Haji Matahir, Rektor UNISSA dan disertai oleh Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Dekan Pelajar, Dr Haji Mohamed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad, Timbalan Dekan Fakulti Usuludin, Hajah Siti Zaliha binti Haji Abu Salim, Timbalan Dekan Fakulti Syariah dan Undang-Undang dan Haji Mohamad Samari bin Haji Mohamad Noh, Penolong Pendaftar. 

Sebanyak sembilan buah universiti dan institusi di sekitar Singapura dan Malaysia telah dilawati iaitu Universiti Teknologi Malaysia, Majlis Ugama Islam Singapura, Balai Cerap Negara Langkawi, Universiti Sains Islam Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Institut Kehakiman dan Perundangan Malaysia, Yayasan RESTU, Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Universiti Teknologi Mara.
 
Rombongan telah mengadakan beberapa sesi perbincangan dengan pihak universiti dan institusi berkenaan bagi mengumpulkan maklumat tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan program undang-undang dan aktiviti ‘mooting’, program Falak Syar’ie dan pengendalian balai cerap serta  penulisan  dan pengurusan p enerbitan mushaf.

Sebagai hasil dari lawatan dan perbincangan yang telah diadakan, pihak UNISSA dan institusi-institusi yang berkenaan bersetuju untuk menjalinkan kerjasama bagi membangun dan menjayakan hasrat UNISSA dalam pelbagai aspek pengajian dan penyelidikan serta tenaga mahir yang diperlukan UNISSA  terutama sekali dalam membantu UNISSA untuk menghidupkan kembali ilmu falak Syar’ie di negara ini. Sejajar dengan itu, UNISSA bercadang akan menubuhkan Unit Falak Syar’ie yang mempunyai balai cerapnya sendiri sebagai pusat pengajian dan penyelidikan dalam bidang falak syar’ie di negara ini. Sebahagiandari institusi yang dilawati itu juga telah menyatakan persetujuan untuk memberikan bantuan  tenaga mahir  dalam seni kaligrafi sehingga hasrat UNISSA untuk menerbitkan  mushaf al-Qurannya yang tersendiri yang melambangkan ciri-ciri keIslaman, Kemelayuan dan keBruneian yang akan dijadikan cokmar universiti sebagai kepala perarakan di Majlis Konvokesyen UNISSA.

r124.jpgPerkara ini juga adalah bertepatan dengan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam Majlis Pertandingan Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1431H / 2010M Sempena 50 Tahun yang berlangsung pada 14 Jamadilakhir 1431H bersamaan 27 Mei 2010M.  


 
Penempatan Kerja Mahasiswa
Wednesday, 14 April 2010

Borang dan templat bagi Penempatan Kerja Mahasiswa Tahun 3.

1. Templat 'RESUME'

2. Borang Pilihan Tempat Penempatan Kerja

 

International Links

alazharlogo.gif

tanzil-logo.gif

 

cpkl-arabic-majallah.jpg
3mishkah-150px.jpg
galleryikon.png
staffwebmail.gif

UNISSA DIARY

July 2010 > »
M T W T F S S
28 29 30 1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31 1
August 2010 > »
M T W T F S S
26 27 28 29 30 31 1
2 3 4 5 6 7 8
9 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31 1 2 3 4 5

ifn.png

Latest Events

No events

Borang Pertandingan Khat & Mushaf

Who's Online

We have 8 guests online

Visitors

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday91
mod_vvisit_counterYesterday457
mod_vvisit_counterThis week2422
mod_vvisit_counterThis month14010
mod_vvisit_counterAll444536