News
KEJOHANAN DEBAT BAHASA ARAB PERINGKAT INSTITUT PENGAJIAN TINGGI ASEAN KALI KE 3 | KEJOHANAN DEBAT BAHASA ARAB PERINGKAT INSTITUT PENGAJIAN TINGGI ASEAN KALI KE 3 |
|
|
|
| Wednesday, 16 July 2008 | |
|
Sehubungan dengan itu, UNISSA julung julung kalinya telah menghantar 2 orang mahasiwa dan 2 orang mahasiswi untuk mewakili UNISSA ke Kejohanan Debat Bahasa Arab tersebut, dan mereka ialah Awang Haji Abdul Rashid bin Haji Damit, Awang Ramlee bin Haji Kassim, Dyg Roseanita binti Haji Timbang dan Dayang Nurul Asmaa binti Hj Johari. Mahasiswa/wi ini akan diringi oleh seorang pegawai pengiring yang merupakan pensyarah dari Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, UNISSA, Dr Hassan Maksoud yang mana beliau ini juga akan menjadi salah seorang hakim untuk Kejohanan Debat Bahasa Arab itu nanti. Rombongan ini telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei ke USIM, Negeri Sembilan, Malaysia pada hari ini, Rabu, 13 Rejab 1429H bersamaan dengan 16hb Julai 2008 pada jan 11.35 pagi. Rombongan ini akan berada di USIM selama seminggu (16hb – 22hb Julai 2008). Selain daripada ahli keluarga mahsiswa/wi UNISSA yang akan bertanding, Dekan Hal Ehwal Pelajar, UNISSA , Pg Haji Saiful Bahrin bin Pg Haji Kula juga turut hadir ke Lapangan Terbang Berakas untuk mengucapkan selamat bertanding kepada rombongan mahasiswa/wi itu. Di antara objektif kejohanan ini ialah untuk menyemarakkan penguasaan Bahasa Arab di kalangan pelajar IPT peringkat ASEAN. Pertandingan ini juga bertujuan untuk dijadikan sebagai platform terbaik bagi melatih dan mengasah bakat kepemimpinan dan keupayaan berfikir di kalangan pelajar mengenai isu semasa dan kemampuan mereka berdebat dalam bahasa Arab. Disediakan oleh Bahagian Publisiti Hajah Idahwati@’Irdina Nur’aidah binti Haji Idris UNISSA |
| < Prev | Next > |
|---|
| Home |
| About Us |
| Administration |
| Faculties |
| Programmes |
| Admissions |
| News |
| Contact Us |
| Office of Student Affairs |
| Announcement |
| LIBRARY - INTRANET |
| Sem1 2010 Timetable |
| Vacancy - LOCALS |