| Majlis Tamat Kursus Pra-Sesi Pengajian 2008/2009 |
| Saturday, 12 July 2008 | |
|
Majlis Tamat Kursus Pra-Sesi Pengajian 2008 / 2009 Tarikh : 5 Julai 2008M Bertempat : Bilik Kuliah, Dewan Canselor, Universiti Brunei Darussalam. Kursus Intensif Bahasa Arab dan Inggeris ini adalah dikhususkan kepada pelajar-pelajar yang memohon untuk meneruskan pengajian tinggi mereka di Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) iaitu bagi sesi pengajian 2008 / 2009. Seramai 130 orang penuntut telah terpilih untuk mengikuti kursus intensif ini. Objektif kursus adalah bagi memahirkan dan memperkukuhkan lagi bakal-bakal mahasiswa / i UNISSA untuk berbahasa Arab dan Inggeris, disamping memperkenalkan Bahasa Arab Asas kepada para bakal mahasiswa / i UNISSA yang bukan dari aliran Arab. Selain itu, ianya sebagai nilaitambah kepada bakal mahasiswa / i UNISSA untuk mempermudahkan mereka dalam mengikuti pengajian di UNISSA.Kursus tiga bulan ini bermula pada bulan April dan berakhir pada bulan Jun 2008. Sepanjang kursus diadakan, Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa UNISSA telah menjalankan beberapa aktiviti termasuklah mempraktikkan kemaharin berbahasa Arab dan Inggeris semasa menjalani aktiviti rehlah mereka yang dinamakan Yaum At-Tarfih yang diadakan di Pantai Muara pada hari Sabtu, 7hb Jun 2008M. Majlis pembukaan bagi kursus ini telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan selaku Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Pg Dato Seri Setia Dr Hj Mohammad Pg Hj Abd Rahman pada hari Selasa, 8hb April 2008 di salah sebuah hotel di Kampong Jerudong. Manakala majis tamat kursus telah berlangsung pada hari Sabtu, 5hb Julai 2008 di Bilik Kuliah, Dewan Canselor, Universiti Islam Sultan Sharif Ali. Tetamu Kehormat di majlis tamat kursus itu ialah Pemangku Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Dr. Hj Mohd Yusop bin Hj Awg Damit. Di antara aturcara majlis termasuklah ucapan daripada Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa UNISSA, ucapan dari Pemangku Rektor, ucapan dari wakil pelajar lelaki dan perempuan Kursus Pra-Sesi 2008 / 2009, persembahan tausyeh dan drama dari pelajar-pelajar Kursus Pra-Sesi 2008 / 2009 serta penyampaian sijil dan hadiah-hadiah bagi aktiviti yang dijalankan sepanjang kursus diadakan. Disediakan oleh:Ustazah Rafidah binti Hj Abdullah Closing ceremony of Arabic and English language for UNISSA students A ceremony to mark the completion of intensive Arabic and English language courses as a pre-course programme was held yesterday at the lecture room of the Chancellor Hall of Universiti Brunei Darussalam in the presence of the Acting Rector of Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Dr Hj Mohd Yusop. Among the highlights included speeches by the Acting Rector, students representatives, a Tausyeh presentation and drama performances as well as prizes and certificates presentation ceremony. The two courses were designed for students who plan to undergo their study at the UNISSA for the 2008/2009 academic year. Some 130 selected students have enrolled in the intensive course. The objective was to strengthen and polish the skills of the undergraduates in the two languages whilst at the same time introduce them to basic Arabic language for students coming from non-Arabic streams. The three month course began in April and ended in June 2008 during which several activities were arranged including practicing their expertise in Arabic and English as well as undergoing activities called "Yaum At-Tarfih" at the Muara beach last month. The opening ceremony for the course was conducted by the Deputy Minister of Education as the Rector of UNISSA, Pg Dato Seri Setia Dr Hj Mohammad at a hotel in Jerudong. Courtesy of Borneo Bulletin Published on 7th July 2008 |