International Jogja Youth Camp, Yogyakarta Indonesia

International Jogja Youth Camp, Yogyakarta Indonesia

Bandar Seri Begawan, Khamis, 27 Jun 2019, Tiga orang pelajar daripada Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) hari ini berlepas ke Yogyakarta, Indonesia bagi menyertai International Jogja Youth Camp yang dijadualkan bermula pada 28 hingga 30 Jun 2019.

 

Program ini merupakan anjuran UIN Sunan Kalijaga, Indonesia dengan tema New Youth Awareness for an Inclusive Region. Ini berhasrat untuk menjadi platform interaksi utama bagi mahasiswa dan mahasiswi negara-negara ASEAN untuk terlibat dalam usaha ke arah ASEAN yang makmur, adil dan inklusif melalui jaringan kerjasama yang dibina melalui program ini.

 

Antara lain pengisan program ini termasuklah seminar mengenai komuniti ASEAN dan sesi bengkel bagi para peserta bertujuan untuk mengenalpasti cabaran dan peluang yang dapat dimanfaatkan ke arah menjadi komuniti ASEAN yang inklusif dan bersatu. Selain daripada seminar dan bengkel, para peserta juga akan berpeluang untuk memberikan khidmat mereka kepada masyarakat setempat di Yogyakarta.

 

Selain daripada Negara Brunei Darussalam, program ini turut disertai oleh wakil daripada National University Singapore, Liverpool University Singapore, International Islamic University Malaysia, Kolej University Islam Selangor, Prince of Songkla University, University of the Philippines Diliman dan Universiti-Universiti Negara Tuan Rumah, Indonesia.

 

Rombongan daripada UNISSA diwakili oleh 3 orang daripada Ahli-Ahli Tertinggi Majls Perwakilan Pelajar, Persatuan Pelajar UNISSA 2018/2019 iaitu Awang Ahmad Shafie bin Haji Mohd Adnan, Dayang Nur Zafirah binti Zainal dan Dayang Norsuziyani binti Abdullah.