ISTIADAT KONVOKESYEN KE-12 UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH (USAS) PERAK, MALAYSIA

ISTIADAT

Kuala Kangsar, Perak 30HB DISEMBER 2019M:-

 

Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah diundang untuk menghadiri Istiadat Konvokesyen Ke-12 Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) Perak, Malaysia. Mewakili pihak Rektor UNISSA ialah Pengarah Pusat Perhubungan Awam dan Antarbangsa, Yang Mulia Ustaz Haji Sammali bin Haji Adam.

 

Istiadat Konvokesyen tersebut telah berlangsung di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar yang dihadiri oleh 1,367 Graduan yang akan menerima Ijazah masing-masing.

 

Majlis tersebut telah diadakan dalam (3) sidang iaitu sidang pertama penyampaian ijazah disempurnakan oleh  Cancelor USAS, Duli Yang Maha Mulia Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, Sultan Perak manakala sidang kedua dan ketiga disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Prof Dr Nordin bin Kardi, Naib Canselor.

 

Turut hadir dalam Istiadat Konvokesyen tersebut YAB Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu dan Yang Berbahgia OKK Imam Paduka Tuan (Orang Besar Delapan Perak) Dato’ Dr Afifi Al-Akiti, Felo, Pusat Pengajian Islam Oxford.

 

Undangan menghadiri Istiadat Konvokesyen menunjukkan bahawa UNISSA dengan USAS mempunyai hubungan kerjasama yang erat dalam dalam menerokai penglibatan bidang akademik dan sebagainya.