KEMASUKAN PELAJAR BAGI PROGRAM TADABBUR AL-QURAN UNTUK ORANG RAMAI SESI JANUARI 2019 ANJURAN UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI

tadabbur1

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Januari – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat telah memulakan sesi Program Tadabbur Al-Quran untuk orang ramai bagi bulan Januari 2019.

Program Tadabbbur al-Quran ini adalah merupakan langkah untuk menjadikan Brunei Darussalam sebagai sebuah negara berkonsepkan Negara Zikir dan agar rakyat di dalamnya celik al-Quran sepertimana yang dihasratkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Dengan program ini juga memberikan kefahaman dan penghayatan kepada intipati al-Quran melalui rujukan dan kitab-kitab tafsir yang muktabar dengan adanya bimbingan yang terancang kepada masyarakat awam.

Sebanyak 2 buah modul telah pun dibukakan dan seramai 55 orang peserta yang terdiri daripada orang-orang persendirian, pelajar, pegawai dan kakitangan kementerian telah pun menyertai program ini. Bagi sesi Januari 2019 ini, program ini diadakan sekali dalam satu minggu iaitu pada setiap hari Ahad, bermula jam 8.30 pagi bertempat di Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA).

Program ini akan terus dilaksanakan dan sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut mengenai program ini, orang ramai bolehlah menghubungi Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat, UNISSA di talian 2462000 sambungan 204/202 ataupun melayari laman sesawang www.unissa.edu.bn atau menghantar email ke C4L@unissa.edu.bn.

 

 

 

Antara Suasana Program Tadabbur Al-Qur’an Sesi Januari 2019

 

Attachment

Related News